2
Bahasa Wajah : Tanggungjawab, Kesedihan, Kekuatan
SEMASA Perhimpunan Agung UMNO 2013, DS Hishammuddin tidak dapat hadir kerana ditahan hampir sebulan di Hospital akibat masalah jantung. 


Ahli UMNO dan rakyat Malaysia ramai yang tidak tahu bahawa sehari dua sebelum beliau dimasukkan ke hospital, draf ucapan DS Hishammuddin sudah siap untuk dijadikan panduan semasa ucapan penggulungan beliau. 

Jika ada pembaca yang mahu membaca draf ucapan itu, saya boleh sahaja menunjukkannya, walaupun saya tahu DS Hishammuddin tidak suka menunjuk-nunjuk atau mencari populariti mudah. 


Dalam kes kehilangan MH370, DS Hishammuddin konsisten dengan maklumat yang benar, berani dengan info yang disahkan, dan tidak berhelah-helah atau berbunga-bunga bahasa semata-mata untuk menyenangkan hati keluarga dengan andaian-andaian bersifat spekulasi.


Beliau menunjukkan sifat negarawan yang terserlah, sudah mula membayangi sifat negarawan ayahnya Tun Hussien Onn dan sudah mula menunjukkan warisan ketegasan datuknya Dato' Onn Jaafar. Saya percaya beliau mempunyai masa hadapan dan harapan yang besar kepada rakyat Malaysia. 


Pemikir barat seperti Profesor Samuel P. Huntington dalam bukunya yang terkenal "The Clash Of Civilizations and Remarking Of World Order" yang sudah diterjemahkan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, ada menyatakan bahawa kebolehan seseorang pemimpin menyerap arus deras dari musuh-musuhnya akan melahirkan sebuah tamadun bangsa yang hebat di masa hadapan. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya mencitrakan nation building negara kita dengan cermat tetapi meyakinkan.


DS Anwar Ibrahim (Anwar) walaupun lebih senior di dalam politik, tetapi beberapa ulasan Anwar di dalam media dalam negara dan luar negara seringkali bertentangan. Sebagai contoh, semasa Anwar berucap di Australia tidak lama dahulu, Anwar menyindir PAS sebagai sebuah parti konservatif dan tidak memahami maqasid syariah. Namun, apabila berada di dalam negara, Anwar memuji-memuja PAS sampai ke langit. 


Begitu juga ketika menjadi Timbalan Menteri Pertanian, Anwar dalam satu perjumpaan tertutup mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera malah mempersoalkan "orang lain" yang bukan penduduk asal negara ini. Apabila sudah hilang jawatan, Anwar berubah 360 darjah di mana mula bercakap tentang kesamarataan, itu tidak adil ini tidak adil, sana kronisme sini nepotisme tetapi Anwar sudah terlupa kini dia, anaknya dan isterinya ketiga-tiga adalah kronistik dan nepostistik. Semalam DS Zahid Hamidi berkata, nampaknya Anwar sudah mula nyanyuk! Baca ini.


Semasa saya mengunjungi DS Hishammuddin, kebetulan anak-anak beliau berada di rumah, saya berkata "Datuk Seri mesti mendidik, memperkenalkan dan mendedahkan anak Datuk Seri supaya mewarisi kepimpinan Datuk Seri dan datuk moyangnya yang terdahulu". 

Saya terkejut apabila DS Hishammuddin menjawab, "Oh tidak, saya tidak akan membenarkan anak lelaki saya menceburi bidang politik sekarang". Sebagai ahli sejarah, saya telah mengkaji kelangsungan bakat kepimpinan keluarga DS Hishammuddin sejak zaman Dato' Jaafar Abdullah lagi Mentri Besar pertama Johor. Maka, saya tahu bahawa survival itu akan diperturunkan kepada anak lelaki DS Hishammuddin. Bagi saya, Allah SWT akan menunjukkan jalan itu jika itulah ketentuannya pada masa yang tepat.


Berbalik kepada isu MH370, kesimpulannya yang saya hendak tunjukkan ialah rakyat Malaysia hendaklah terus memberi sokongan, doa dan kepercayaan kepada DS Hishammuddin yang sekarang ini mengetuai sidang akhbar operasi SAR MH370. 


Percayalah, DS Hishammuddin tidak menyembunyikan hatta satu perkataan pun kepada kita semua dalam isu ini. Lihatlah ketika DS Hishammuddin berkata, pesawat MH370 telah membuat 'turning back' di mana ketika itu ramai orang tidak mempercayainya, tetapi hari-hari berikutnya terbukti ianya pendedahan yang berani dan sangat bertanggungjawab. Jika beliau mahu menyembunyikan sesuatu kerana maklumat itu maklumat radar tentera, sudah tentu beliau tidak akan mendedahkannya bukan.


Janganlah kamu mempercayai berita dari luar negara seperti CNN, kerana saya bimbang kamu terketawa terbahak-bahak apabila CNN sebuah rangkaian TV Internasional akan memberikan kamu maklumat "Kuala Lumpur in Indonesia" dan "Najib Rahman". Mungkin selepas ini CNN akan menulis, mantan Perdana Menteri Ibrahim Anwar didapati bersalah dan akan dipenjara di Penjara Sungai Buloh, Indonesia!.
Baca Ulasan Pembaca  di sini.

Post a Comment

  1. rasanya kalau orang lain diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan dalam sidang media setiap hari mesti tertekan .tapi dia nampak makin hari makin semangt walaupun kita tahu itu semua sangt sukar untuk dilalui.

    ReplyDelete
  2. itulah pemimpin yang sebenarnya,sentiasa tenang dalam apa jua keadaan

    ReplyDelete

 
Top