0
PERPISAHAN Hrithik dan Sussanne bukan kerana orang ketiga.

 HINGGA ke hari ini, rata-rata peminat masih tidak dapat lagi menerima perceraian yang berlaku di antara Hrithik Roshan dan Sussanne Khan. 

Malah, ada lagi yang membuat spekulasi berhubung perceraian pasangan yang bercinta dari zaman remaja ini.

Daripada kontroversi wujudnya orang ketiga dan campur tangan ibu bapa Hrithik yang keterlaluan, semuanya dilalui dengan tenang.

Suatu ketika, apabila mengumumkan tentang perpisahan itu pada Disember tahun lalu, Hrithik pernah merasa kecewa. Dan khabarnya, Hrithik memang tidak mahu melepaskan Sussanne dan masih berusaha untuk mendapatkan Sussanne kembali dalam hidupnya semula.

Namun, semua itu terletak pada tangan Sussanne Khan sendiri untuk menerima semula Hrithik Roshan atau sebaliknya.


Hari ini, sudah lebih kurang lima bulan perpisahan itu, Hrithik, 40, sejujurnya sudah tidak mahu lagi kisah soal hak penjagaan anak.

“Perceraian itu memang membawa kesan kepada anak-anak. Tapi, saya sudah tidak kisah.
“Saya serahkan segalanya kepada bekas isteri. Saya rela kalau dua orang anak saya pergi mengikut ibu mereka.
“Yang penting, saya juga tidak akan lupakan tanggungjawab kepada mereka," katanya kepada Bollywood.com.
Keputusan itu sebenarnya terkandung dalam dokumen yang diserahkan Hrithik kepada Mahkamah Keluarga di Bandra, India.

Dalam dokumen itu seperti yang dipetik dari Bollywood.com, Hrithik tidak kisah hak penjagaan Hrehaan, 8, dan Hridhaan, 6, diberikan kepada ibu mereka.

“Saya dan bekas isteri sudah sepakat untuk mengasuh anak-anak bersama. Tetapi untuk kehidupan sehari-hari, kedua-dua anak lelaki saya akan tinggal bersama ibunya," jelasnya.

Hrithik dan Sussanne telah berkahwin pada 20 Disember 2000. Sejak mengumumkan perpisahan, mereka tinggal berasingan dan kedua-dua anaknya mengikut Sussanne. Tetapi mereka masih lagi bertemu, khususnya dalam acara di sekolah anak-anak.


Campur tangan keluarga?

Selepas 17 tahun menjalinkan perhubungan daripada berkawan, bercinta dan kemudian berkahwin, akhirnya semua itu teruji. Perpisahan masih tidak dapat diterima. Lebih-lebih lagi apabila Sussanne yang memohon untuk bercerai dengan Hrithik. 

Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Pernah, sumber dalaman memberitahu bahawa perceraian itu sememangnya tiada kena-mengena dengan orang ketiga. Bererti gosip yang mengaitkan Hrithik dengan pelakon Mexico, Barbara Mori bukanlah penyebab utamanya.

Sebaliknya, ianya disebabkan campur tangan yang keterlaluan oleh ibu bapa Hrithik di dalam kehidupan rumah tangga mereka dan setelah sekian lama, Sussanne dikatakan sudah bosan dan tidak mampu lagi untuk berkompromi terhadap sikap mertuanya itu.

Dalam waktu yang sama pula, Hrithik tidak memberikan sokongan yang penuh buatnya apabila campur tangan daripada mertuanya itu berlaku.

Sementara itu, Hrithik kini masih lagi tidak mempunyai teman wanita, begitu juga dengan Sussanne. Mungkin dia masih mencari atau tidak mahu lagi berkahwin.

Post a Comment

 
Top