DHAKA: Kerajaan Bangladesh menghantar dua kapal perang ke Teluk Benggala apabila sebuah firma yang berpangkalan di Adelaide, GeoResonance mendakwa mengesan beberapa objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu.
“Sebaik saja tiba di kawasan berkenaan, pasukan kami akan mencari dan mengesahkan maklumat itu,” kata Pengarah Perisikan Tentera Laut Bangladesh, Komander Rashed Ali kepada CNN di Dhaka.
Semalam, firma berkenaan mendakwa imej yang dicerap kira-kira 190 kilometer di luar pantai Bangladesh di Teluk Benggala menunjukkan terdapat beberapa objek seperti aluminium, titanium, tembaga dan beberapa bahan lain yang boleh mengaitkannya dengan pesawat MAS yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal pagi 8 Mac lalu. - CNN

Post a Comment