Kes Bawah Umur
Umurnya baru 14 tahun. Didapati hamil 18 minggu hasil pemeriksaan doktor pakar yang memeriksa berikutan laporan polis berkaitan kes rogol.
Bila dia dirujuk ke Baitus Solehah, soal selidek dan temubual dilakukan, dia bukan gadis terbiar.
Memang dia selalu keluar malam tetapi dia keluar malam tanpa pengetahuan ibu bapa. Lepak bersama kawan kawan lelaki di taman taman permainan waktu dinihari.
Dia keluar rumah waktu semua orang sedang tidor, pukul 2.00 pagi.
Apabila sering lepak bersama sama di waktu tengah malam, antara aktiviti yang dilakukan selain berbual ialah minum arak. Mereka tak boleh masuk pub kerana bawah umur, tetapi boleh beli arak, kongsi duit ramai ramai.
Bila dan minum arak, walaupun sedikit, akal sudah tidak berfungsi dengan sempurna. Biji butir perbualan sudah merapu dan ditambah adanya smartphone, ada yang tunjuk dan berkongsi videoclip porno.
Bila dah tengok aksi ghairah yang merangsang, mereka ingin mencuba. Melakukan praktikal tidak kira dimana tempatnya. Ada yang buat di kolong kolong taman permainan, ada yang buat atas tanah dan ada yang cari rumah kosong yang ditinggalkan penghuni.
Bagi kes gadis ini, kali pertama melakukan merasa kesakitan dan pedih. Namun tak serik. 2 minggu berehat, hilang sakit dan pedih, mengulangi tanpa sedar dalam keadaan mabuk. Pada masa praktikal dilakukan, dia masih tidak tahu akibat perbuatan itu. Dia tidak tahu itulah yang dikatakan zina. Akibat zina boleh menyebabkan mengandung. Sedih.
Bila haid tak datang 2 bulan, emaknya perasan. Kenapa dah 2 Bulan anak ni tak minta belikan pad. Ditanya,dia tak tahu, katanya haid tidak teratur. Oleh kerana bimbangkan sesuatu, emaknya bawa ke Klinik Swasta. Emaknya terus terang dengan doktor, anaknya dah 2 bulan tak datang haid, jadi emaknya minta dilakukan pemeriksaan. Bila doktor melakukan imbasan ultra bunyi, jelas nampak janin di dalam rahim.
Hasil pemeriksaan doktor itu, terus ibunya membawa dia ke Balai Polis untuk laporan kehamilan. Apabila perbuatan zina dilakukan ke atas gadis bawah 16 tahun, samada dipaksa atau suka sama suka, kes tetap dikategorikan sebagai rogol. Dari laporan polis pulak terus di rujuk ke Hospital. Lama lah dia tinggal di wad untuk menjalani pemeriksaan pakar perbidanan.
Emaknya mengambil keputusan untuk menempatkan dia di Rumah Perlindungan bagi membendung akhlaknya yang suka keluar malam dan gemar melepak bersama sama kawan sementara menunggu melahirkan anak. Emaknya mahu dia tahu dan sedar, apa yang dia lakukan itu salah dan dilarang Allah.
Sejak ditempat di Baitus Solehah, akhlaknya bertambah baik. Rupanya dia seorang yang pandai mengaji Quran. Bacaannya lancar. Cuma dia perlu dijaga displin saja. Fardhu ainnya lulus. Dia naif sebelum ni bab sexs. Bukan dia tidak ada didikan agama atau tidak tahu agama. Dia boleh mengaji dan mengerjakan solat mengikut tertib.
Selalu saya perhatikan, apabila sujud yang akhir ketika solat fardhu, lama dia sujud. Saya tanya, "kenapa Nur sujud lama?"
"bukan ke sujud akhir tu bagus kita berdoa selepas baca tasbih."
"Nur baca doa apa?"
"bacalah doa untuk ibu bapa, doa murah rezeki dan lain lain."
Terpegun saya, walaupun dia cuma anak angkat kepada emaknya sekarang, dia tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk mereka. Dia tak kenal ibu kandung yang menyerahkan dia kepada keluarga angkat. Menurut emak angkat, ibu kandungnya menghilangkan diri selepas menyerahkan anak kepada mereka. Sehingga kini keluarga angkat tidak tahu keberadaan ibu kandungnya.
Baitus Solehah nekad untuk mendidik dan mentarbiyah dia, biarpun mengambil masa yang lama. Mendisplinkan diri. Mungkin selama tinggal bersama keluarga angkat, dia dimanjakan berlebihan. Segala kehendak diturutkan, akhirnya Nur menjadi gadis tidak mendengar kata nasihat dan tidak takutkan sesiapa pun. Ketika bersekolah, banyak peraturan sekolah dilanggar dan sering menghadapi tindakan displin.
Apabila disahkan mengandung dan ditempatkan di Baitus Solehah, emaknya telah memberhentikan persekolahannya buat sementara waktu sehingga selamat melahirkan anak. Nur teruja mahu memelihara sendiri anaknya.
Dia tidak mahu anak itu menjadi seperti dirinya yang dibuang ibu kandung walaupun diserahkan kepada keluarga angkat. Dia menjadi begitu kerana kecewa dengan tindakan ibu kandungnya. Dia merasa seperti anak yang tidak dikehendaki oleh ibu kandungnya.
Benar, kasih sayang keluarga angkat tidak dapat mengubat kecewa dibuang ibu kandung. Dan disinilah peranan kami di Baitus Solehah mendidik dia menjadi manusia bersyukur dan redha dengan takdir yang ditetapkan ke atas dirinya. Bukan mudahkan?
Selain mentarbiyah bahawa zina adalah suatu perkara yang dilarang Allah, membangunkan jiwanya yang kecewa juga perlu diusahakan. Tambahan dia masih awal remaja, yang suka melakukan perkara perkara kreatif yang tidak kita terfikir.
Hari ini, setelah sebulan lebih dia ditempat di Baitus Solehah, baru saya bawa mendaftar di Klinik Kesihatan untuk membuka Buku Rekod Pemeriksaan Ibu Mengandung. Jika pelatih lain, saya boleh percaya mereka ditemani oleh rakan rakan , tetapi gadis ini saya yang kena bersama. Segala langkah berhati hati perlu dilakukan.
Gadis ini boleh berubah jika lebih masa diperuntukkan dalam usaha membimbing dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Jika dia melarikan diri, ia tidak mendatangkan kerugian di pihak Baitus Solehah, tetapi kita kasihan akan kesusahan yang bakal dihadapinya dengan keadaan perut makin membesar dan kehidupan yang tidak menentu.
Dia masih muda dan ingin bersukaria tanpa sedar masalah yang mendatang apabila tiba melahirkan anak dan mengasuh anak.
Jadilah insan prihatin terhadap ummah...
Dipetik Dari Baitus Solehah via Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesian anak muda sekarang..kdg2 ada yg melakukannya tanpa tau akibat pun...
ReplyDelete