0
Perniagaan Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Diserbu:



patung.jpg

BANGKOK: Satu kegilaan di Thailand di mana orang ramai memanjakan anak patung seperti manusia hidup yang mereka percaya membawa tuah nampaknya tidak membawa tuah kepada peniaganya yang diserbu oleh pihak polis atas tuduhan mengelak daripada cukai.

Dikenali di Thai sebagai Luuk Thep (malaikat kanak-kanak), anak patung mahal, yang boleh mencecah kos sehingga AS$600 (RM2,560), pertama kali dipopularkan oleh selebriti yang mendakwa memberi makan dan pakaian kepada anak patung telah membawa kepada kejayaan mereka dalam bidang profesional.

Sejak itu, kegilaan terhadap anak patung ini telah merebak ke seluruh Thailand, dengan orang dewasa dilihat membawanya untuk upacara-upacara Buddha, restoran dan juga di dalam kapal terbang, di mana mereka telah dilaporkan telah diberikan tempat duduk berserta hidangan ringan semasa dalam penerbangan.

Tetapi selepas Ketua Polis Thailand memberi amaran minggu ini mengenai trend melampau itu, lebih 100 anak patung dirampas dan tiga telah ditahan di Bangkok kerana didakwa gagal membayar cukai import.

"Kebanyakan mereka mengimport (anak patung) dari China," kata Timbalan Komander Biro Penindasan Jenayah Ekonomi Kolonel Kriangsak Kanrayawattanajaroen.

-Mstar



Post a Comment

 
Top