Mersing...kalau dahulu bila disebut Mersing ramai yang takut mahu kesana.
Ini adalah kerana mungkin dari segi kedudukannya yang jauh dari bandar,laluan ke Mersing juga harus menempuh hutan tebal di sepanjang perjalanan.
Namun apabila sekali anda kesini,pastinya hati akan terpaut dengan keindahan pulau-pulau disekitar Mersing mahupun aktiviti di sepanjang pantai Mersing.
Pulau Batu Cawan Tetap Misteri
Pulau Batu Cawan Sebagai tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut ke muara Mersing. Kawasan Pulau Batu Cawan ini sangat hampir dengan pantai Mersing. Jika anda perhatikan bentuk Pulau ini sangat mirip dengan bentuk cawan dan sejak dari itu pulau ini di beri nama Pulau Batu Cawan..
Pulau batu Cawan adalah sebuah pulau yang tiada penghuni, bersaiz kecil, sekitar setengah ekar persegi, dipenuhi dengan batu dan karang sahaja. Pulau ini adalah lubuk bagi penggemar aktiviti memancing. Walaupun Pulau ini di penuhi dengan batuan tetapi mempunyai cerita yang menarik di sebalik nama Pulau Batu Cawan..
Cerita ini saya tidak pasti adakah ia dongengan atau pun fakta tetapi rata-rata penduduk Mersing mengetahui mengenai cerita ini dan juga lisan daripada orang tua-tua di Mersing.
"Pada suatu ketika dahulu, jika penduduk kampung ingin membuat kenduri-kendara, mereka semua pergi ke Pulau Batu Cawan untuk meminjam segala pinggan-mangkuk milik Orang halus yang tinggal di pulau itu.
Jika penduduk di Mersing meminjam dan memulangkan dengan betul dan kuantiti yang betul, tidak kira sama ada rosak atau pecah tetapi mesti pulang barangan yang di pinjam dari gua Pulau batu cawan itu. Setelah beberapa lama kemudian, berlaku penipuan manusia kepada orang halus di pulau itu, kerana tidak memulangkan pinggan mangkuk yang telah di pinjam.. dan sejak itu lah pintu gua pulau itu tertutup... Dan begitu lah kisahnya.."
Walaubangaimanapun, Pulau Batu Cawan ini adalah satu tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat Kami semua memancing
Mersing mendapatkan nama daripada peristiwa penahana buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh kerana telah melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh. Namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa kemunculan nama Mersing ialah dari peristawa seorang dara bernama Mersing yang mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak penghulu sebagai bakal menantunya.
Untuk memisahkan antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Namun Awang berjaya membuktikan kesuciannya dan menghapuskan fitnah tersebut. akhirnya bapa Mersing mempersetujui dan menerima Awang sebagai suami kepada anaknya. Tetapi Awang berkeras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama itu lahirlah nama Mersing dan didendangkan dalam lagu Seri Mersing.
Kalau nak tahu banyak lagi perkara-perkara menarik tentang kepulauan di Mersing...baik cerita tentang asal usul mahupun juga kisah-kisah mistik di sini,nanti lah...senang-senang saya cerita
Post a Comment