Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.
Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.
“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.
“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.
AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.
“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.
Ikuti pula kejadian sebenar yang dialami oleh rakan saya sendiri..
Cerita seram yang akan saya ceritakan ini tidak berlaku hanya dalam satu malam atau satu kejadian saja. Bayangkan seperti kita menonton cerita seram di mana cuaca memainkan peranan yang menambah keseraman yang dirasakan ketika itu.
Namun apa yang saya ceritakan ini adalah yang benar-benar berlaku dihadapan saya.
Cerita saya bermula malam ini 4 Feb 2014...
Jam 9 malam..suami saya mengajak saya dan anak-anak keluar makan malam....mulanya saya rasa macam malas nak keluar,maklum dah 2 hari saya demam tapi bila beria-ia di ajak oleh anak-anak,saya mula mengalah,yang tinggal hanya Aiman...ada kerja sekolah katanya.
Dah puas memilih tempat makan,kami sepakat untuk singgah makan di Restoran Cemerlang,Mersing.Terasa tekak nak makan mee goreng,saya order mee goreng mamak yang sememangnya peberet saya.
Belum sempat makanan yang dipesan sampai,muncul sebuah teksi MPV kaler biru...Setahu saya,belum pernah saya nampak teksi sebegitu kat Mersing ni,anak ke 2 saya,Atiqah mula bertanya...
'Mak...kalau naik teksi dari airport Senai sampai Mersing,berapa tambangnya?'Oh..baru saya perasan,teksi airport rupanya.Patut la saya tak pernah nampak.
Soalan itu saya biarkan tanpa jawapan.
Teksi tu berhenti depan meja yang kami duduki diluar restoran tu,saya ralit memerhati...seorang perempuan sambil menggendong bayinya keluar lalu pantas menuju kearah saya...pelik...siapa perempuan ni...kata hati saya.
Sampai saja...baru saya perasan..Ya Allah..Sharifah rupanya..lama tak nampak,memang tak cam langsung sementelah ada baby dalam dakapannya.
'Kak..apa kabar..boleh saya duduk sebelah akak?'belum sempat saya berkata,Sharifah mula duduk,mengadap saya.Saya pandang suami saya...pelik..kenapa air muka suami saya berubah...nampak pucat.
Oh..ada baby baru...anak ea??berapa bulan dah ni...sambil memegang tangan bayi saya bertanyakan Sharifah.Serentak itu suaminya duduk sebelah suami saya berserta anak Sharifah yang lain.
Baru 2 bulan kak...tapi kak...cuba akak tengok..sambil mengangkat sedikit baju bayinya Sharifah menunjukkan pusat bayi nya..Terdetik dalam hati...masyaallah...kenapa dibiarkan macam ni...
Pusat bayinya terjojol keluar..besar adalah sebesar ibu jari kaki orang dewasa.
Saya pegang kaki bayi Sharifah...sejuk macam air batu...nak marah pun ada kenapa tak dipakaikan stoking,masuk angin budak tu nanti.
'Kak anak saya dah sebulan lebih tak tidur malam,menanges tak henti-henti,hampir subuh baru senyap.'
Suami saya berhenti makan,matanya tak berkelip memandang bayi itu.
Tiba-tiba suami saya berkata...ada sesuatu bersama anak awak...benda ni kuat.'Cari orang pandai yang boleh ubat...Bukan calang-calang orang boleh ubatkan budak ni.
Bulat mata Sharifah mendengarnya,suami dan anak-anaknya terus diam.
Serentak itu saya merasa seram sejuk,mood nak makan juga hilang.
Lantas Sharifah mengambil handphonenya...lalu menunjukkan pada saya...kak gambar ni anak saya ambil waktu adiknya menangis masa jam 2 pagi.Saya tak tengok pun hinggalah hari keesokannya lepas Asar.
Menurut Sharifah banyak kejadian aneh yang berlaku dalam rumah yang baru didudukinya.Dah lama dia perasan,namun dia diamkan aje,maklum suaminya bawa teksi,kadang balik,kadang tak balik langsung.Suaminya bekerja di Johor Bahru.
Kata Sharifah pernah sekali,anak kecilnya tidur dalam buai,Sharifah terlelap sekejap dalam bilik,bila tengah malam Sharifah sedar bayinya berada disebelahnya.Bertanyakan suami,menurut suaminya dia tak usik apa-apapun,dia ingatkan Sharifah yang bawa bayinya tidur sekali,Bukan sekali kejadian seperti ini berlaku malah selalu sangat begitu.
Menurut Sharifah..sebelum tidur biasanya dia akan bancuh dulu susu untuk bayinya,bila bangun..dilihatnya botol susu kosong,tertanya-tanya juga dia siapa yang susukan anaknya.
Anak ke 2 Sharifah berusia 4 tahun ,mesti merengek ajak cari rumah lain..takut katanya..
Masa Sharifah bawa anaknyatadi ,nyenyak sungguh sikecil ini tidur,menurut kata Sharifah..saya takut nak balik rumah kak..macam ada sesuatu yamg memerhati gerak geri saya.
Katanya dah puas bawa ustaz berubat,bermacam cara dilakukan..baca Yasin,azan berhentilah sekejap tangisan anaknya,lepas tu menangis semula,Sharifah buntu.
Untuk pengetahuan pembaca Sharifah adalah pemilik kedai Singer didepan Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan.
Dan dia merayu jika ada sesiapa yang sudi untuk merawat anaknya.'Saya dah habis ikhtiar kak'
Jam 10.30 malam,saya dan suami minta izin untuk balik kerumah,maklum esok hari persekolahan...sambil menyalami saya wajah Sharifah saya tatap...nampak riak ketakutan diwajahnya.Moga malam ini mahupun malam-malam seterusnya tiada lagi gangguan yang mereka sekeluarga alami.
Dalam perjalanan pulang...bulu roma saya masih meremang...suami saya kata..dia rasa kepala dia besar ketika melihat baby tu...sampai je rumah saya terus mandi...tak pasal-pasal suami saya bising..
Katanya'Lain kali kalau sampai rumah jangan terus masuk dalam rumah duduk dulu kat luar.."
Alamak...sorry la bang...lupa la
Sampai sudah mata saya tak boleh lelap...maka tertulislah entry ini...pada jam
1.46 pagi
5 Feb 8.37 pagi....sambung lagi...
Jom lihat foto yang telah saya ambil malam tadi..
perhatikan pula foto dibawah
Jelas kelihatan penampakan disebelah bayi kecil ini...Foto ini diambil oleh kakak bayi ini yang berusia 7 tahun ketika jam 2 pagi dirumahnya di Kampong Air Merah,Mersing.Dan foto ini saya transfer ke handphone saya supaya kelihatan lebih jelas.
Menurut ibu bayi ini,ketika kejadian memang tak ada apa-apa pun disebelah anaknya ini...Sharifah sendiri jadi buntu ketika ini apatah lagi suaminya tiada dirumah sewaktu kejadian.
Sampai hari ini Sharifah masih boleh mendengar dengan jelas seperti ada orang lain dalam rumahnya biarpun ketika itu semua anak-anak telah pun masuk tidur.....
Menurut pandangan anda...apakah lembaga yang kelihatan dalam gambar itu?Menurut Sharifah...foto lembaga disebelah serupa benar dengan rupa jenglot...Apakah benar ianya adalah jenglot seperti jenglot yang dijumpai di Terengganu seperti gambar diatas?
Hui,suspen betul berita akak kat sini. Mani gajahlah,jenglot lah...macam2 je dia orang ni kan ? Tapi kesian le kat baby tu bila menangis tak henti2.
ReplyDeletemmg kesian Lyn..masa akak sentuh kaki dia rasa sejuk macam air dalm peti ais..tidur sekejap2 terjaga
Deleteuish... misteri nyer.
ReplyDeletemmg misteri..malah setiap kali akak bukak enpon pix baby tu..meremang bulu roma..
ReplyDelete