Amerika Syarikat – Seorang wanita muda dari Arkansas, Amerika Syarikat ditemui mati beberapa jam selepas dia sempat memuat naik satu foto dirinya sendiri menerusi aplikasi Snap Chat.
Menerusi perkongsian gambarnya itu, Stephanie Hernandez, 21, bergambar dengan kekasihnya, Rafael Gonzalez yang ketika itu sedang memegang pistol sambil mengacukan kepadanya.
Menurut pihak polis tempatan, mayat Hernandez dijumpai berlumuran darah di lantai rumahnya sebaik digeledah oleh pihak berkuasa.
Gonzalez kemudiannya ditahan di atas pertuduhan membunuh teman wanitanya dan menurut saksi, hubungan keduanya sentiasa berada dalam keadaan ‘on and off’.
Kedua-dua anak perempuan mangsa yang berusia tiga tahun dan lapan bulan kini dijaga keluarga Hernandez.
Post a Comment