1
Akan Sejukkah Suhu Di Malaysia Sama Seperti Kota London?
Rakyat Malaysia khususnya penduduk di sekitar Perak dan Kelantan yang kononnya akan menikmati cuaca sejuk ala musim bunga di London sepanjang bulan Februari ini, tidak benar.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataannya petang ini yang menyatakan suhu bagi Malaysia yang beriklim tropika secara amnya antara 22 darjah Celsius pada sebelah pagi, dan 35 darjah Celsius pada lewat petang
"Secara amnya suhu minimun bulan Januari 2016 didapati lebih panas dan biasa antara 1 darjah Celsius ke dua darjah Celsius, malah suhu terendah bulan Januari 2016 lebih tinggi daripada rekod suhu terendah jangka panjang bagi Januari.
"MetMalaysia menjangkakan keadaan yang sama akan berlarutan sehingga bulan Jun 2016. Sehubungan dengan itu, suhu minimum dijangka tidak akan turun ke 20 darjah Celsius sepanjang bulan Februari 2016 seperti yang dilaporkan. MetMalaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa," jelas MetMalaysia dalam kenyataan tersebut.
MetMalaysia dalam kenyataan yang sama juga menyatakan, peningkatan suhu ini adalah selari dengan jangkaan awal di mana kesan El Nino menyebabkan peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 darjah Celsius.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Malaysia dijangka dilanda suhu sejuk serendah 16 darjah Celsius, manakala sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa penduduk di sekitar Perak dan Kelantan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di London.
Berikutan itu, MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya tidak mendapatkan maklumat menerusi laman sosial Facebook, sebaliknya orang ramai boleh melayari laman sesawang jabatan itu di www.met.gov.my atau www.facebook.com/malaysiamet untuk maklumat terkini.
haa..nampaknya akan kempunan lah rakyat Malaysia apa bila telah disahkan tidak akan mengalamai suhu sejuk seperti Kota London
Apatah lagi bila ramai yang berangan nak beli baju sejuk tebal-tebal.
Tapi tak apa bagi yang nak juga merasa cuaca sejuk apa kata kita ke Cameroon Highland,atau ke Genting Highland..suhunya pun sejuk juga...alaaaa...macam kat negara orang putih
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top