1
Fungsi Baru Google Search,Tiada Internet,Tiada Masaalah
Imej dari Mashable.

Google search merupakan laman carian yang paling kerap digunakan di web. Menurut Wikipedia, setiap hari google menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna.
Cabaran utama yang dihadapi pihak Google adalah untuk mengekalkan sokongan carian mereka walaupun mengalami gangguan talian internet.
Dan kini, Google berjaya menemui satu fungsi baru untuk kekal menawarkan sokongan carian walaupun ketika mengalami gangguan talian. Namun, fungsi ini hanya untuk pengguna Android. Google akan menyimpan kata kunci yang dicari ketika anda diluar talian. Pengguna akan menerima notifikasi apabila carian yang dicari telah tersedia.
Difahamkan, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat, mungkin dalam masa beberapa minggu lagi.
Sumber: Amanz
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top