0
SUMBER mengatakan pintu pesawat ditemui di pantai Pulau Reunion. - Foto ihsan Sky News SAINT ANDRE, Reunion: 




Sehari selepas penemuan tempat duduk pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang tahun lalu terdampar di pantai Pulau Reunion, objek dipercayai pintu pesawat pula ditemui hari ini. 

Penemuan objek itu empat hari selepas bahagian sayap pesawat ditemui di kawasan yang sama. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai individu yang menemui serpihan pesawat itu. 

Sejak pagi tadi, sebuah helikopter dikerah ke kawasan timur pulau, berdekatan Saint Andre, di mana serpihan pesawat ditemui Rabu lalu.

Bahagian sayap yang ditemui itu kini berada di Toulouse, Perancis untuk dianalisis. Keputusan awal dijangka diketahui Rabu ini. 


Penerbangan MH370 hilang pada Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Penemuan serpihan pesawat itu bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu. - The Telegraph
elegraph reporter Harriet Alexander pictured at the beach yesterday where other debris thought to belong to the missing flight has been found Picture: Paul Grover

MH370: Kerusi pesawat sudah ditemui di Reunion 3 
bulan lalu

SAINT ANDRE, Reunion: Nicolas Ferrier hampir tidak mengendahkan penemuan kali kedua kerusi berwarna biru. Rutin sebagai pembersih pantai di Pulau Reunion termasuk mengambil serpihan daripada pantai dan di celah batu, 

justeru kerusi biru mungkin sekadar sampah biasa - tempat duduk bas atau kerusi buaian - detik hatinya. "Hanya pada Rabu lalu ia menyedarkan saya apa yang mungkin terjadi," kata Ferrier sambil menaiki basikal BMX dan memandang ke arah arus deras ombak. 

"Ia mungkin sebahagian daripada kapal terbang itu." Ferrier menemui kerusi itu pada awal Mei lalu dan semalam dia memberitahu kisahnya buat kali pertama. 

Hingga kini, tiada siapa yang tahu mengenai penemuan itu kecuali isterinya.



Beliau menjelaskan, serpihan itu terdampar di sepanjang pantai berbatu berhampiran Saint Andre, di sebelah timur Lautan Hindi. 

Dan minggu lalu, objek yang terdampar di pantai itu menjadi perhatian dunia, selepas dipercayai ia sebahagian daripada sayap sebuah Boeing 777. 

Namun, sebelum ini Ferrier tidak tahu apakah kepentingan objek itu. 

Sisa sampah terdampar adalah sebahagian daripada kehidupan seharian beliau di pantai yang berbahaya itu, apabila tiada siapa yang berani memasuki kawasan pantai yang berarus deras dan dipenuhi ikan jerung.

 "Saya juga menemui beberapa beg pakaian, juga pada ketika itu, dipenuhi dengan banyak benda," katanya. 

Ketika ditanya apakah yang dilakukannya objek berkenaan, Ferrier berkata: "Saya membakarnya," katanya sambil menunjuk ke arah timbunan abu di kawasan berbatu tidak jauh dari situ. "Itu tugas saya. 

Saya mengumpul sampah dan membakarnya. "Saya juga menemui banyak benda milik kapal terbang dan membakarnya tanpa menyedari (kesannya)." Ferrier juga melihat serpihan sayap terdampar pada Rabu lalu 

- walaupun pada Mei lalu, teritip pada bahagian sayap itu masih hidup. Ketika ia terdampar sekali lagi pada minggu ini, krustasia yang terdapat pada sayap itu telah mati. "Seperti kerusi itu, saya tidak tahu apakah ia.

 "Saya duduk di atasnya. Gunakannya sebagai meja. Saya benar-benar tidak memberi banyak perhatian kepada objek itu - sehingga saya melihat mengenainya dalam berita." 

Dengan penemuan itu, timbul pelbagai persoalan mungkinkah beratus lagi objek terdampar di pantai Reunion sejak beberapa bulan lalu dan tidak ada pihak yang memberikan perhatian. - The Telegraph

Post a Comment

 
Top