Emma sendiri sudah tidak mahu lagi mengenang kisah lalu.
Pendek kata, Emma sendiri sudah "move on" dan lebih selesa jika dirinya tidak dikaitkan lagi dengan pelawak berkenaan.
Namun, Emma bagaimana amat terkilan dengan sikap bekas kekasihnya itu yang cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif. Apakah parut luka lama belum hilang hingga wujud situasi begini.
Status di laman Twitter yang ditulis Emma sekitar 10 jam lalu berbunyi, "sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah,".
Status itu jelas dapat diagak ditujukan Emma kepada Zizan. Menghubungi Emma, pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu bagi siaran Hypp TV arahan Michael Ang itu, pelakon putih gebu berkenaan berkongsi apa yang terbuku.
"Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.
"Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.
"Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini," kata Emma.
Bagi Emma, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Katanya, tiada gunanya memikirkan hal sebegitu yang tak memberi faedah dan membuang masa sahaja.
"Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri," kata teman akrab kepada Kamal Adli itu. - BH
Post a Comment