0
Gelandangan itu bapa kandungku rupa nya !:





gelandangan.jpg
Siapa sangka setelah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, seorang wanita akhirnya menyedari salah seorang daripadanya adalah bapanya yang telah lama terpisah. 

Diana Kim merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar gelandangan di sekitar kawasan Hawaii.

Setelah 10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8 tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai. 

Melalui blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Dia menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.” katanya.

Tambah Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya itu tinggal. 

Selepas bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu enggan.
Bagaimanapun selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya bersetuju untuk dirawat. 

Setelah menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan kehidupan normal.-Sinar

Post a Comment

 
Top