PELAKON, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa dilanda gelombang kritikan gara-gara memuat naik sekeping foto hidangan makanan yang dijamahnya.
Neelofa yang kini berada di London telah bertindak berkongsi gambar makanan yang dijamahnya malam semalam di ruang Instagram. Menurut kapsyen yang ditulis, hidupan laut tersebut merupakan sejenis siput dipanggil Escargot.
Hands down the best escargot so far, tulis pelakon Lemak Kampung Santan itu.
hands down the best escargot so farA photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on Aug 1, 2015 at 12:07pm PDT
Namun demikian, pengguna media sosial kemudiannya mengkritik pilihan Neelofa itu kerana ujar mereka, escargot ataupun turut dipanggil siput babi, haram dimakan oleh umat Islam.
Hukum tersebut telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diterangkan secara jelas di laman sesawang jabatan tersebut.
Jom kita baca sedikit tentang hukum escargot.-mynewshub
Post a Comment