0
Sidang media tergempar @stacyanam yang mengumumkan dirinya secara rasmi telah memeluk islam dengan nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam ASTRO, BUKIT JALIL:




 Penyanyi Stacy mengesahkan yang beliau memeluk Islam pagi semalam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

 Stacy berkata, beliau turut ditemani ibu bapanya serta ibu bapa Akim ketika melafazkan dua kalimah syahadah di jabatan itu kira-kira jam 10 pagi.


"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Saya peluk agama ini bukan kerana sesiapa atau perihal cinta mengaitkan dengan Akim," katanya yang ditemani ibu bapanya ketika sidang media di Astro berjalan ketika ini.

Beliau menggunakan nama Islam, Ummu Shaikhah Stacy Anam. 

Stacy Angie telah sahkan sendiri yang beliau sudah pun memeluk Islam di sidang media sebentar tadi dan namanya kini adalah Ummu Shaikhah Stacy binti Anam. Saksikan Video kemaskini langsung dari sedutan laman sosial!


Post a Comment

 
Top