0
Berita mengenai penghijrahan saudara baru yang memeluk Islam, Stacy AF sememangnya menjadi perhatian di laman sosial. 




Selain itu, Stacy sendiri mengakui dia sering mendengar mengenai Islam daripada kakaknya sehingga hatinya terbuka kepada agama itu.

Bagaimanapun dia tetap tetap menghormati agama Kristian dan turut menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim selain menjelaskan bahawa ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam.
“Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri. Masa tu (mengucap) saya sangat-sangat teruja”
“Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya kepada mStar Online selain memberitahu bahawa dia terkenangkan kenangan bersama keluarga selepas memilih menukar agama.
Jujurnya melihatkan komen yang bertelagah mengenai penghijrahan Stacy di laman sosial membuatkan kami terfikir bahawa adakah semua yang dilakukan oleh insan lain tidak kena di mata keyboard warrior
Semoga penghijrahan Stacy ini akan membawa satu lembaran baru kepada penyanyi ini.

Post a Comment

 
Top