Isyarat radar boleh dimatikan
SHAH ALAM - Isyarat radar pesawat MH370 boleh hilang daripada kawalan jika sistem transponder pesawat itu dimatikan sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab lain.
Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Leftenan Kolonel (B) Mohd Ramly Mohd Ajir berkata, sistem transponder ini akan beroperasi sebaik sahaja pesawat itu memulakan penerbangan dan berhubung dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang.
Menurut Mohd Ramly, agak sukar untuk radar itu dilenyapkan terus daripada dikesan apabila sudah berada di kedudukan yang tinggi.
“Namun keadaan terputus hubungan boleh terjadi jika pesawat itu melalui kawasan yang mengalami gangguan cuaca atau berbukit. Sukar untuk dijelaskan dalam situasi ini kerana ia dipanggil ‘blind spot’ yang mana tidak ditemui hasil kajian mengapa gangguan itu terjadi (radar hilang).
"Namun, situasi itu hanya berlaku sementara saja dalam tempoh yang singkat, bukannya hilang terus," katanya.
Mohd Ramly berkata, pada kebiasaannya juruterbang yang berpengalaman sudah faham akan gangguan seumpama itu dan akan mula berkomunikasi dengan menara kawalan selepas melepasi kawasan itu.
"Mereka akan berhubung dengan unit kawalan ketika memasuki zon tertentu dan memaklumkan berada dalam kelajuan dan ketinggian berapa." katanya.
Mohd Ramly juga tidak menolak sistem radar itu dipadam dengan sengaja.
“Kebiasaannya untuk pesawat komersil, tiada keperluan untuk radar itu dimatikan. Tetapi boleh jadi (juruterbang) tertekan atau 'mendapat arahan' untuk dimatikan.
“Kebanyakan juruterbang yang terlatih boleh berbuat demikian (mematikan isyarat),” katanya.
Ketika ditanya, adakah ATC atau menara kawalan mampu mengesan radar itu semula jika transponder dimatikan, beliau menjawab: "Sistem yang ada di ATC menyukarkan pusat kawalan berbuat demikian kecuali menggunakan bantuan radar ketenteraan.
“Radar yang ada oleh pihak tentera mampu mengesan pesawat yang telah mematikan radar yang dalam penerbangan.
“Untuk kes MH370 yang menggunakan Boeing 777, sepatutnya lebih mudah dikesan memandangkan pesawat ini besar dan lebih cepat untuk refleks semula kepada signal diberikan, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Ramly berkata, misteri kehilangan MH370 menimbulkan tanda tanya semua pihak, namun perkara sama pernah terjadi kepada pesawat Skyhawk A4 PTM milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada 1988.
Pesawat dipandu Leftenan Wahi Anuar Mat Amin itu, hilang daripada kawalan radar selepas berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan menuju ke Pangkalan Labuan semasa sesi latihan.
Kehilangan Skyhawk A4 PTM itu juga dianggap misteri kerana tiada sebarang petunjuk ditemui sehingga ke hari ini.
Pesawat milik MAS yang dalam perjalanan ke Beijing, China dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu, terputus hubungan dengan ATC kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam.
Kali terakhir pesawat itu dikesan ATC adalah pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur atau kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Laut China Selatan.
Objek Menyerupai Kapal Terbang Dikesan Oleh Satelit China
Hopes of finding the missing Malaysia Airlines flight MH370 have been raised after satellite images showing possible debris from the plane were released on a Chinese government website.
The images – taken at about 11am on Sunday but released on Wednesday – appear to show "three suspected floating objects" of varying sizes, the largest about 24 metres (79 feet) by 22 metres (72 feet), the national defence technology site reported.
It locates them in the sea off the southern tip of Vietnam and east ofMalaysia, near the plane's original flight path.
The revelation could provide searchers with a focus that has eluded them since the plane disappeared with 239 people aboard in the early hours of Saturday.
However this is not the first time authorities have announced sightings of objects or oil slicks that they claim might be tied to the missing aircraft.
No other governments have confirmed the latest report, and on Wednesday evening one senior US defence official said that American satellites had not located any sign of a crash.
Kalau pesawat mendarat dgn selamat.. Adakah radar masih mengesan pesawat?
ReplyDeleteRamai yang memberikan pandangan dan adakalanya spekulasi.. Saya berpandangan jika pesawat tersebut hilang dari radar dan masih melakukan penerbangan di bawah pengawasan radar.. Langkah terbaik adalah melakukan penerbangan di lautan (kerana tiada halangan bukit dan gunung) menuju ke lapangan terbang terdekat.. Di manakah lapangan terbang terdekat dgn titik terakhir MH370? Lapangan terbang Kuching.. - Sekadar pandangan..
ReplyDeletesebenarnya dalam situasi ini kita tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku dalam pesawat,perlu diingatkan juruterbang adalah seorang yang cukup berpengalaman,namun tetap juga tidak boleh melawan kuasa yang Maha Esa...ajal maut ditangan tuhan,itu pasti...namun bila dan keadaanya hanya Allah yang tahu
ReplyDeleteAdakalanya kita kehilangan hp di rumah.. Kita boleh call no dan telefon itu berbunyi dan kita boleh tau kat mana telefon tu.. Kalau kunci rumah kita hilang.. Kat mana kita nak cari? Satu rumah kita geledah sampai jumpa.. Dah tentu masa kita ambil cari kunci lagi lama dari cari hp.. Jangan salahkan sesiapa.. Masing2 jalankan tugas masing2..
ReplyDeleteWahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
(A-li'Imraan 3:70)
saya setuju ngan pandangan Almad Albab
Delete