1
PETALING JAYA: Sebuah rakaman video yang menunjukkan aksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menari bersama cucu-cucunya mencuri perhatian pengguna internet.


Visual yang berdurasi 0.42 minit itu menjadi viral sejak Isnin dan telah di muat naik di laman sosial oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Adlan Berhan.
Dalam video itu Muhyiddin dengan bersahaja mengerakkan anggota badannya mengikut irama lagu rentak hip-hop bagi menghiburkan cucu-cucunya.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga kelihatan ceria dan dan terhibur melayan keletah cucu-cucunya yang menari di atas tangga.
Visual tersebut telah ditonton sebanyak 51,130 pengguna dan turut dikongsi lebih 1,000 pengguna.
Pada Selasa lepas, Muhyiddin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO telah digugurkan daripada Kabinet dan tempatnya telah digantikan dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Post a Comment

  1. hihi lucunye. cute je.
    Biasalah bila dah jadi atok macam tulah.
    "atok yang penyayang" :)

    Jemput Baca: Apa Ada Di Muzium Padi?

    ReplyDelete

 
Top