0
PANAS SEBAB SEBENAR CIK TA TARIK DIRI JADI JURI AF:





cheta.png.transformed.jpg


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.

Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.

"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.

"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.

Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.
Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya.

Kritik Persembahan Sufi Tak Cukup Rock, Che Ta Dikecam



SEMALAM menyaksikan sembilan pelajar Akademi Fantasia 2015 (AF2015) mempamerkan persembahan bertenaga masing-masing mengikut tema rock seperti yang ditetapkan oleh tenaga pengajar mereka.
Seperti biasa, persembahan mereka akan dinilai oleh juri tetap, Dato Ramli MS dan Rozita Che Wan (Che Ta) selain juri jemputan Ella dan Awie yang menceriakan konsert mingguan minggu ini.
Namun yang tak sedapnya, kebanyakan netizen mengecam komen Che Ta yang menggelarkan nyanyian Sufi terlalu lembut dan belum mencapai tahap rock yang diinginkan.


sufi


Sufi AF2015
Menurut mereka lagu Mentari Di Ufuk Timur nyanyian asal kumpulan Search itu merupakan lagu ketuhanan yang bersifat slow rock.
Tetapi Che Ta menyifatkan persembahan Sufi sebagai kurang umph dan rock.
Hmm, betul juga cakap dorang, takkan kalau rock je mesti kena headbanging kan. Rock tu ada macam-macam jenis, ada slow rockrock balladnu rock..
Lepas ni mungkin sebelum beri sebarang komen, Che Ta boleh kaji terlebih dulu lagu yang perlu dipersembahkan oleh setiap pelajar AF pada saban minggu. Tak gitu?

Post a Comment

 
Top