:
1. 87 jemaah Haji menjadi korban
Sehingga 2.30 pagi tadi, 87 jemaah menjadi korban dan sekurang-kurangnya 183 orang cedera.
Sumber:My Metro
2. 6 jemaah Haji Malaysia cedera
Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah haji Malaysia cedera dalam kejadian kren runtuh berhampiran kawasan saie di Masjidil Haram, kira-kira 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).
Sumber:My Metro
3. Seorang mangsa daripada Jemaah Haji Malaysia patah kaki
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata setakat 8.45 malam waktu Arab Saudi, seorang daripada mangsa berkenaan patah kaki sementara lima lagi cedera ringan. Menurutnya, mangsa yang cedera terdiri empat lelaki dan dua wanita.
Pasukan kebajikan perubatan dan peronda TH sudah dikerahkan untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan terbabit.
Sumber:My Metro
4. Faktor hujan lebat & ribut
Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut yang melanda Tanah Suci selepas waktu Asar. Menurut beberapa penduduk di sini, hujan lebat berkenaan adalah fenomena yang agak luar biasa kerana ia kali keempat dalam tempoh sebulan.
Sumber :My Metro
5. Kren jatuh di kawasan Saie
Apa yang kita tahu kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan saie mengakibatkan serpihan bumbung dan sebahagian kren jatuh di kawasan tawaf menimpa jemaah haji.
Sumber :My Metro
6. Jangan percaya spekulasi
Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan orang ramai jangan percaya kepada spekulasi tidak rasmi mereka perlu merujuk maklumat disiarkan media rasmi TH dari semasa ke semasa.
Ahli keluarga mangsa yang terbabit dengan kejadian sudah dimaklumkan dan sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pusat Maklumat TH di 03-62071919.
Sumber :My Metro
Post a Comment