KISAH SAYU MAK CIK “CLEANER” YANG MEMPUNYAI 63 ORANG ANAK YATIM INI MENGAJAR KITA SEMUA TENTANG ERTI SYUKUR
Kisah sayu ini dikongsikan oleh saudari Jean Valeisha di halaman Facebook miliknya. Kisah ini bermula apabila dia terdengar seorang mak cik menegurnya dengan mengatakan “Ma’kasih, cantik” ketika dia hendak beredar pergi dari sebuah tandas di sebuah kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur.
Apabila Valeisha menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang menegurnya, dia terlihat susuk tubuh seorang wanita yang bekerja sebagai cleaner sedang memegang batang mop dan menyapa Valeisha dengan senyuman manis di wajahnya itu.
Mak cik “cleaner” itu memulakan perbualan dengan mengatakan ramai orang membuang tisu di merata-rata tandas itu dan mengharapkan pekerja seperti dirinya untuk membersihkan tandas. Jadi, mak cik ini memuji dan berterima kasih kepada Valeisha yang mempunyai kesedaran sivik dan sikap bertanggungjawab dengan membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Perbualan mereka menjadi lebih mendalam dan menarik apabila Mak Cik yang bernama Ibu Sunarti ini memberitahu Valeisha dia mempunyai 63 orang anak yang ditinggalkan di Surabaya, Indonesia. Valeisha sangat terkejut dengan kisah yang dikongsikan oleh mak cik ini.
Ibu Sunarti menerangkan kepada Valeisha bahawa anaknya yang ramai tadi itu merupakan anak yatim piatu yang dijaga olehnya. Anak tunggalnya meninggal dunia pada usia 32 tahun dan dia sangat terasa kesunyian selepas anak kandungnya pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.
Jadi dia mengambil keputusan untuk menjaga dan mengambil anak yatim ini sebagai anak angkatnya.
Jadi dia mengambil keputusan untuk menjaga dan mengambil anak yatim ini sebagai anak angkatnya.
Ibu Sunarti yang masih lagi bekerja menyatakan gaji yang diterimanya akan dihantar kepada anak yatim di sana sebagai duit belanja untuk keperluan mereka.
Valeisha berada selama setengah jam di dalam tandas itu mendengar luahan hati dan kisah hidup Ibu Sunarti. Sebelum mereka berdua berpisah, mereka berpelukan sesama sendiri dan Valeisha amat kagum dengan mak cik ini kerana Ibu Suriati sanggup berkongsi kisah hidupnya walaupun mereka berdua tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali diri masing-masing.
Kisah yang dikongsikan oleh Valeisha ini sangat menyentuh hati kami tentang sifat ketabahan dan kecekalan hati mak cik ini yang sanggup menjaga 63 orang anak yatim selepas kehilangan anak lelaki tersayang. Walaupun usianya semakin meningkat dan hasil pencariannya tidak seberapa, dia sanggup bersusah payah mencari rezeki di sini bagi menyara perbelanjaan kehidupan anaknya di sana.
Beliau bersyukur dengan apa yang diperolehinya sekarang dan kehilangan insan tersayang bukan alasan bagi dirinya untuk menyerah dalam kehidupan yang semakin mencabar.
Beliau bersyukur dengan apa yang diperolehinya sekarang dan kehilangan insan tersayang bukan alasan bagi dirinya untuk menyerah dalam kehidupan yang semakin mencabar.
Sumber dari facebook Jean Valeisha
Post a Comment