Dek kerana salah faham membawa “bom” ke dalam sekolah, seorang pelajar Ahmed Mohamed, 14, mendapat tawaran ke White House dan juga bekerja di Facebook.
Ahmed Mohamed sebelum ini ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah yang disangkakan sebuah bom oleh gurunya.
Ahmed pada mulanya menjangkakan pujian dari gurunya, tetapi dihalau dari kelas dan digari sebelum di soal siasat oleh lima pegawai polis.
Ahmed berkata dia berkali-kali berkata pada gurunya dan polis bahawa alat yang dibawa olehnya itu adalah jam, bagaimanapun polis berkata Ahmed mungkin menghadapi tuduhan membawa “bom palsu” ke sekolahnya, MacArthur High di Texas.
Selepas kejadian, dia digantung dari sekolah.
Menceritakan kejadian, Ahmed berkata dia pada mulanya menunjukkan jam tersebut kepada salah seorang gurunya yang kemudian berkata “Wow, sangat bagus, saya nasihatkan kamu jangan tunjuk kepada guru lain“.
Namun, keadaan menjadi terbalik apabila jamnya itu berbunyi di dalam kelas matapelajaran lain dan guru matapelajaran tersebut menyuruh Ahmed membawa jam itu kedepan sebelum berkata dia menuduh Ahmed membawa bom ke dalam sekolah.
Ahmed kemudiannya dibawa ke pejabat guru besar sebelum diserahkan kepada polis.
Kisah Ahmed kemudian menjadi viral dan mendapat perhatian dunia. Ramai yang mengkritik tindakan sekolah dan polis yang terlibat kerana bersikap ‘Islamophobia’.
Kisah Ahmed turut mendapat perhatian Obama dan juga Mark Zuckerberg.
Obama mempelawa Ahmed ke White House dengan membawa sekali jam tersebut.
“Jam yang hebat, Ahmed. Mahu bawa ke White House? Kita patut memberi inspirasi kepada kanak-kanak seperti kamu supaya lebih sukakan sains. Itu yang membuatkan Amerika hebat“, tulis Obama di Twitter.
Cool clock, Ahmed. Want to bring it to the White House? We should inspire more kids like you to like science. It’s what makes America great.
President Obama (@POTUS) September 16, 2015
Di Facebook pula, Mark Zuckerberg mempelawa Ahmed untuk berjumpa dan menawarkan pekerjaan di Facebook dan menyatakan keinginan untuk berjumpa Ahmed.Mengulas mengenai kejadian, bapa kepada Ahmed, Elhassan Mohamed percaya anaknya menjadi mangsa Islamophobia.
“Dia cuma mahu mencipta sesuatu yang bagus untuk manusia, tetapi hanya kerana namanya Mohamed dan kerana insiden 11 September, saya rasa anak saya dizalimi“, kata Elhassan.
Post a Comment