Alamak...Kenapa Ni Makcik?
GARA-gara tidak membaca label produk, seorang wanita tidak sengaja memakai 'foam' (buih) polyurethane yang digunakan dalam pembinaan bangunan untuk mendandan rambutnya sehingga rosak.
Gambar wanita pertengahan umur yang dipenuhi buih polyurethane di kepalanya itu, dipercayai diambil di sebuah hospital di timur Eropah menjadi viral, semalam.
Dia kelihatan sedang duduk di ruang menunggu hospital dengan buih polyurethane yang memenuhi kepalanya.
Jika diperhatikan pada gambar itu, terdapat ranting dan daun melekat pada rambutnya menambahkan lagi spekulasi bahawa wanita terbabit mungkin tergesa-gesa keluar untuk ke hospital sehinggakan meredah pokok di kawasan yang dilaluinya.
Buih polyurethane ini selalunya digunakan untuk menampal kebocoran dan mengisi ruang kecil ketika pembinaan. Sehingga kini, identiti serta lokasi wanita misteri itu masih belum diketahui. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment