"Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah," kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi tahun baru.
Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari 'ulik mayang' pada jam 4 pagi.
Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.
Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014.
Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran menyebabkan 100 penonton panik.
"Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan menyaksikannya dalam keadaan dirasuk," katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba meracau.
Ada beberapa individu cuba menenangkan wanita itu, tetapi dia meraung supaya dilepaskan kerana ingin membuat tarian ulik mayang.
"Tolong lepaskan saya, jangan pegang, saya nak menari," rayu wanita berkenaan kepada orang ramai dan kemudian membuat tarian berkenaan.
Bagaimanapun, selepas 10 minit ditenangkan pengunjung selain dibacakan ayat suci al-Quran , wanita berkenaan kembali tenang namun masih lemah.
Dia kemudian dibawa pengunjung wanita lain memasuki kereta sebelum perlawanan bola sepak diteruskan.
Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.
Menurut laporan, keadaan dapat dipulihkan apabila beberapa pengamal perubatan Islam tampil memberikan bantuan.
Sementara itu, pengamal perubatan Islam dari daerah ini, Ustaz Mohammad Salleh menasihatkan pengunjung pantai di daerah ini lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan berkenaan.
Katanya, ia kerana makhluk halus berada di mana -mana tanpa mengira tempat dan histeria sering berlaku kepada mereka yang gagal mengawal emosi.
"Jika kita terlalu gembira, sedih, takut atau marah, kebarangkalian tinggi untuk dirasuk makhluk halus," katanya ketika dihubungi.
Ada apa dengan Ulek Mayang?
Saya selalu membaca cerita – cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu.
Menurut cerita, selalunya orang yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah.
Saya akui apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.
Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek Mayang ni sebagai simbolik.
Jika ada cerita yang memutarkan lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku.
Contohnya filem Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.
Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.
Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain.
Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk.
Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki.
Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.
Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian.
Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.
Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
PUTERI ULEK MAYANG muncul di UITM melaka !!!
Inilah gambar yang tersebar di Twitter apabila ada pelajar di UiTM Lendu mengambil gambar dan kelihatan dibelakangnya terdapat penampakkan ulek mayang sedang menari
Bila bercakap soal histeria, meracau, kena rasuk dan sebagainya, memang tak boleh dipisah dengan kehidupan pelajar berasrama.
Terutama dalam asrama perempuan.
Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.
Dalam sebuah laman BLOG penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.
” Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.
” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis : “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .
” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan.
Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.
Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.
Setiap perkara ada hikmahnya. Bukan sahaja apa yang kita buat akan menjadi satu perbuatan yang tidak akan dilupakan bahkan akan menjadi suatu pengalaman yang paling bermakna.
Kecoh di UiTM Lendu ketika ini kelibat makhluk halus dan juga puntianak. Ada satu gambar ini, dimana seorang perempuan berkebaya, berkain batik sedang menari.
Post a Comment