KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.
Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.
Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.
Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.
Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.
Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.
UALA LUMPUR: Kerajaan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu, lapor CNN.
Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.
Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut laporan CNN itu, objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.
Tidak kira siapa kita,kayakah,miskinkah,agama apakah,orang kecil ke,orang besar ke...teruskanlah berdoa agar MH370 dijumpai dalam apa jua keadaan sekalipun.
Post a Comment