Aktor terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.40 pagi, Jumaat dengan penerbangan pesawat MH195 dari Mumbai.
Kedatangan bintang utama filem Kuch-Kuch Hota Hai itu mendapat sambutan luar biasa peminat yang telah berkumpul di perkarangan KLIA sejak awal pagi.
Lebih menarik lagi selepas lebih satu jam menanti, pelakon pujaan mereka itu keluar dari bililk VIP tepat jam 9 pagi dengan tongkat di tangan kirinya..
Mungkin kerana kecederaan yang dialami akibat dihempap pintu semasa sedang menjalani penggambaran filem terbarunya Happy New Year baru-baru ini, menyebabkan dia bertongkat ke Malaysia.
Pelakon popular itu tetap memberi layanan yang baik kepada para peminatnya apabila dilihat telah berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan menurunkan tandangan kepada mereka, walaupun mengalami kesukaran ketika berjalan.
Difahamkan SRK tiba bersama dua heroin terkenal Bollywood, Madhuri Dixit dan Rani Mukerji, serta Yo Yo dan Arijit Singh.
SRK dan teman-temannya hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert anjuran 2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd- 'Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars' yang akan berlangsung pada Sabtu, 15 Februari bertempat di Stadium Merdeka.
bukan tangan dia je ke yang patah?atau kaki?..kompius...
Sumber: malaysiandigest.com
Foto Kredit: malaysiandigest.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment