Marwan (gambar kecil) dipercayai terpisah seketika daripada keluarganya ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.
Damsyik:
Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Jordan, Andrew Harper menyifatkan kejadian merentasi sempadan berlaku hampir setiap hari membabitkan penduduk Syria yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana konflik sehingga ada kanak-kanak kecil kadang kala terpisah sementara daripada keluarga mereka.
Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR.
Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.
Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu.
“Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu.
“Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.
Related Posts
Akan Sejukkah Suhu Di Malaysia Sama Seperti Kota London?
22 Sep 20171Akan Sejukkah Suhu Di Malaysia Sama Seperti Kota London? Rakyat Malaysia khususnya penduduk di se...[...]
Surat Terakhir Dari Obama
20 Jan 20170Surat Terakhir Dari Obama Obama di hari-hari terakhir sebagai Presiden Read more »[...]
Derita Hidup..Masih Bayi Sudah Di Kahwinkan
12 Feb 20160Derita Hidup..Masih Bayi Sudah Di Kahwinkan Read more »[...]
Perniagaan Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Diserbu
27 Jan 20160Perniagaan Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Diserbu: BANGKOK: Satu kegilaa...[...]
Perniagaan Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Diserbu
27 Jan 20160Perniagaan Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Diserbu: Read more »[...]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.