betul, aku antara wartawan yang terlibat secara langsung dalam membuat liputan mengenai kes pembunuhan yang menggemparkan negara tidak lama dulu iaitu kes Noritta Samsuddin
tadi ketika ‘menziarahi’ kisah dari blog ke blog, aku singgah di blog Uncleseekers, dia menceritakan satu pengalaman menemuramah kakitangan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Jenazah yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik
Siapalah kita untuk menentukan syurga dan neraka seseorang…
Tidak kira bangsa, agama dan jantina semua bau mayat adalah sama -Pakar forensik
Pada 12 Julai 2006, pukul 2.30 petang, Uncle menghubungi rakan lama, Encik Azmi bin Zahari yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Perkenalan kami bermula pada tahun 1990 apabila Uncle menjadi guru kawad skuadnya semasa Encik Azmi menyertai Sukarelawan Polis Kuala Lumpur (klik). Beliau menjemput Uncle bertemu dengan Dr
Mohd Shah Bin Muhammad bagi mendapatkan kelulusan membuat kajian aktiviti paranormal di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur. Uncle bersama Adeek tiba di Wad kecemasan sekitar pukul 4.00 petang dan disambut mesra oleh Encik Azmi. Tanpa membuang masa, beliau terus membawa kami ke Jabatan Forensik. Pengalaman Encik Azmi bertugas di Hospital Kuala Lumpur selama 18 tahun memang tidak boleh dinafikan kerana boleh dikatakan semua petugas mengenalinya. Kami dikenalkan dengan Encik Abdul Latif Bin Abdul Malik yang sudah bertugas hampir 26 tahun dalam bidang ini. Sifatnya yang ramah dan sedia memberi kerjasama membuatkan kami berasa terharu.
Selepas 10 minit beramah mesra, Encik Latif membawa kami berjumpa dengan Encik Mohd Rashid Wahab bagi mendapatkan keizinan untuk masuk ke dalam bilik menyimpan mayat. Sifat beliau yang profesional membuatkan Uncle kagum dengan anak muda ini. Uncle doakan, Encik Rashid Wahab berjaya dalam bidangnya. Selepas mendapatkan keizinan daripadanya, Uncle dibawa oleh Encik Azmi dan Encik Latif ke bilik penyimpanan mayat. Encik latif
membuka pintu ‘peti sejuk mayat kanak-kanak’ dan kelihatan beberapa bungkusan jenazah bayi. Bau yang keluar dari peti sejuk itu sungguh meloyakan tekak. Apabila Encik Latif ternampak kelakuan Uncle, beliau hanya tersenyum. Beliau membuka sebuah lagi ‘peti sejuk mayat orang dewasa’.
Alangkah terkejutnya Uncle apabila semua mayat dibungkus dengan kain putih. Selama ini Uncle memikirkan mayat yang disimpan di dalam ‘peti sejuk mayat’ berada dalam keadaan bogel seperti yang selalu digambarkan di dalam filem, tetapi rupa-rupa-nya jangkaan Uncle meleset.
Kami dibawa ke bilik menguruskan jenazah beragama Islam dan bukan Islam. Kedua-dua bilik itu tersusun rapi peralatannya dan persekitarannya sungguh bersih. Selepas itu kami dibawa ke ‘bilik bedah siasat mayat’ dan ‘bilik bedah siasat mayat reput’. Selepas 20 minit kami dibawa melawat keadaan sekitar, kami memohon keizinan untuk keluar kerana tidak mampu menahan bau persekitaran.
Uncle memaklumkan kepada Encik Latif bahawa tujuan Uncle ke sana adalah bagi mengkaji lebih mendalam tentang kewujudan Hantu Orang Mati Dibunuh. Sambil tersenyum,
Encik Latif menerangkan sepanjang beliau bertugas, beliau sudah berhadapan dengan ribuan mayat yang mati akibat lemas, terbakar atau dibunuh, tetapi beliau belum pernah diganggu oleh hantu seperti yang sering diperkatakan. Encik Latif juga menjelaskan, semua manusia selepas mati menghasilkan bau yang sama berdasarkan ribuan mayat yang pernah beliau uruskan sebelum ini.
Satu perkara yang memeranjatkan kami berdua adalah apabila beliau menyatakan kecantikan jenazah Noritta Samsuddin tetap terserlah walaupun sudah menjadi mayat.
Perkara ini diakui oleh pembantu-pembantu perubatan yang berada di dalam bilik tetamu.
Pada pukul 5.05 petang, kami diperkenalkan pula dengan Tuan Haji Abu Bakar, iaitu penyelia di jabatan itu. Walaupun umurnya sudah menjangkau 48 tahun, namun tubuhnya masih tegap dan beliau banyak membantu kami memberi info berkenaan jabatan itu. Kami bertukar maklumat sehingga pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar kerana sikap anda yang terbuka dan profesional. Kami bertemu dengan Dr. Mohd Shah Bin Muhammad selaku Ketua Jabatan Forensik pada pukul 6.20 petang. Beliau menjelaskan sekiranya…
—————————————————————
baik, aku sendiri pernah menceritakan pengalaman aku dengan kes ini dalam entry bertajuk pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (Part 3) pada 23 Julai 2008
memang aku boleh MENGESAHKAN cerita yang ditulis oleh Uncleseekers itu
jenazah Noritta memang sempurna, seperti orang tidur saja gayanya, seperti dalam keadaan tersenyum pun ada juga
tidak ada tanda langsung yang dia rupanya menjadi mangsa bunuh dan sebagainya
sebab itu, biar dalam apa juga keadaan, kita sebagai manusia yang lemah tidak layak mengadili seseorang kerana akhirnya hanya Allah yang tahu…segala-galanya, ya, segala-galanya.
Utusan malaysia-SYAHRIL A. KADIR
Post a Comment