2
Kes Penahanan Azizul Rahim Awaluddin & Shalwati Norshal Rakyat Malaysia di Sweden : Disebalik isu kes rakyat malaysia di Sweden yang didakwa dera anak mereka sendiri di sana, pelbagai reaksi daripada orang ramai, kenalan pasangan.


Ada yang bersikap positif mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini, dan ada juga komen-komen yang berbaur negatif…….

Kronologi Kes Azizul Rahim Awaluddin & Shalwati Norshal di Sweden?

  • 11 Januari 2014 : Kes penahanan rakyat Malaysia di Sweden mula dilaporkan dan menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Suami isteri ini ditahan selepas anak Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal mengadu kena dpukul di tangan kerana tidak solat kepada seorang guru di Sweden. Guru tersebut buat laporan polis Sweden.
  • Akhirnya, laporan polis terhadap Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal menjadi topik perbincangan di Group SMS Seri Puteri, Cyberjaya
  • 16 Januari 2014 : Identiti suspek pasangan iaitu Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal berjaya dikenalpasti
  • 18 Januari 2014 : Anak-anak pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal merayu untuk diberikan tempat tinggal bersama keluarga Islam ketika datang Kedutaan Malaysia di Sweden & Pusat Khidmat Sosial Sweden
  • 20 Januari 2014 : Pengguna media sosial lancar kempen #swedenletthemgo untuk melihat pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan
  • 25 Januari 2014 : Wakil Wisma Putra, Pemuda UMNO, Sukaguam berlepas ke Sweden
  • 30 Januari 2014 : Encik Azizul Rahim Awaluddin dihadapkan ke Mahkamah Sweden
  • 31 Januari 2014 : Puan Shalwati Norshal dihadapkan ke Mahkamah Sweden
  • 31 Januari 2014 : Anak-anak Pasangan Malaysia, Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshaldi bawah pulang ke Malaysia
  • 1 Februari 2014 : Tahan reman Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal disambung 11 hari lagi
  • 10 Februari 2014 : Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.
  • Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.
Harapan Berita Semasa dan juga berdoa semoga kes Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal di Sweden cepat selesai dengan berakhir dengan jayanya. Hari ini, Berita Semasa ingin kongsikan nukilan seorang sahabat kepada pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal…….melalui blog beliau yang bernama “TimeTravelAfif” : 


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.




Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir saudara Afif bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..
Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..


                                        Mereka selalu ceria untuk ke sekolah :D
                                  Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari.. 

 Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. 

Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."


Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. 

Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka.. 



                                     Ammar dan Adam selalu bermain dan tidur di bilik aku
Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. 

Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan.. 

 Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas - siang selama 18 jam di Sweden.. 

Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..

Sifat baik Uncle Azizul dan Auntie Shal memang disenangi ramai ketika di Johannesburg, South Africa..

Credit photo to - Uncle Wan Batu..

 Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya' dan terawih secara berjemaah..

Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

 Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Miss Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..

Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di South Africa..

 Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin..

Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia..

Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih.. Update 14 Febuari 2014 - Di sebabkan ada juga yang tidak berpuas hati.. dan ada juga yang hentam saya kiri kanan atas bawah..

Maka insyallah akan buat Part 2 - Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali.. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 testimony ringkas dari mereka yang kenal rapat dengan Uncle Azizul dan Auntie Shal ini.. Alhamdulillah ramai telah memberi sokongan dan mendoakan kepada keluarga ini saya ucapkan terima kasih..

 Terutama kepada bekas pelajar dan guru Sekolah Seri Puteri, rakan sekerja uncle azizul dan rakan2 semasa mereka berkhidmat di Johannesburg, South Africa dan Stockholm, Sweden..

Dan bekas pelajar Malaysia di Afrika Selatan.. saya harap dapat memberikan testimoni.. Saya hanya perlukan nama, siapakah anda bagi mereka rakan sekerja atau bekas anak murid etc dan insyallah saya akan cuba jawap beberapa persoalan mengenai mereka..

 Sila email di afif_4ht@hotmail.com..

p/s..Syukur..akhirnya dapat juga respon dari kaangan pembaca mahupun kenalan pasangan suami isteri itu sendiri tentang isu dera anak kerana tak solat di Sweeden,semoga dengan tersiarnya artikel ini dapat merungkaikan segala persoalan dan fitnah...

Inilah yang saya maksudkan bila saya kata saya menunggu respon ketika saya menyiarkan entry fitnah itu...supaya ianya memberikan cerita sebenarnya supaya kita semua tahu apakah yang berlaku disebaliknya...

Terimakasih kepada penulis blog“TimeTravelAfif”

Baca entry finah pasangan Sweeden
DISINI

Post a Comment

  1. terima kasih cik akak...sy menunggu penjelasan disamping mendoakan yg terbaik utk pasangan tersebut.

    ReplyDelete

 
Top