0
KUALA LUMPUR: Apabila nama Kajang disebut, sudah pasti sate akan tergambar di fikiran.

Namun, ada banyak lagi perkara menarik mengenai pekan tersebut yang mungkin anda tidak ketahui.

Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Kajang:


1. Sejarah Kajang
                                                             pekan Kajang

Asal usul pekan Kajang, yang terletak di daerah Hulu Langat, dipercayai bermula pada tahun 1807 selepas Perang Saudara Selangor.

Menjelang penghujung 1980-an, ladang-ladang kopi ditubuhkan sekitar Kajang dan seterusnya membawa arus pemodenan kepada pekan tersebut.

Menurut Banci Penduduk dan Perumahan 2010, Kajang kini mempunyai penduduk berjumlah 311,875 dan merupakan antara pekan paling pesat membangun di Selangor.

Antara tempat-tempat menarik ialah Stadium Kajang,  Restoran Sate Haji Samuri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  yang terletak di persimpangan utama pekan tersebut.

2. Stadium Kajang

Stadium Kajang – kini dikenali sebagai Dataran Kajang

Stadium Kajang yang dibina sekitar 1970an adalah antara stadium ikonik di Malaysia.

Ia pernah menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan bola sepak yang menampillkan lagenda bola sepak Malaysia seperti Supermokh’ Mokhtar Dahari, ‘Spiderman’ Datuk R. Arumugam, Soh Chin Aun dan Santokh Singh.

Pada tahun 2010, stadium tersebut dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat rekreasi serba guna yang kini dikenali sebagai Dataran Kajang.

3. Pejuang Negara 


                                          Leftenan Adnan Saidi – Wikipedia

Perwira negara Leftenan Adnan Saidi yang terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu  daripada serangan tentera Jepun di pertempuran Bukit Chandu berasal dari Kajang.

Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal pada 1915 dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

Pada 1982, sekolah tersebut menukar namanya ke SK Leftenan Adnan untuk memperingati jasa pejuang negara itu.

4. Selebriti dari Kajang

Kajang juga berjaya melahirkan beberapa selebriti tempatan yang popular seperti Ning Baizura dan Nora Danish. Kedua-dua mereka mendapatkan pendidikan awal di SMK Convent Kajang.

Pemain bola sepak negara, Safee Sali juga dilahirkan di Kajang.

5. K-Town
Sejak beberapa tahun lepas, Kajang juga dikenali sebagai K-Town kerana ramai artis rap dan hip hop tempatan berasal dari pekan itu.

Antara kumpulan yang paling popular ialah K-Town Clan yang diwakili Vid, Bo dan Roshan Jamrock.

Ketiga-tiga berasal dari Kajang dan huruf ‘K’ pada nama kumpulan tersebut bertujuan sebagai pengiktirafan kepada kampung halaman mereka.

6. Penjara Kajang
 Mona Fandey – Wikipedia

Penjara Kajang juga merupakan tempat yang disebut-sebutkan kerana pernah memenjarakan banduan-banduan yang berprofil tinggi.
                         
Salah seorang banduan terkenal ialah Mona Fandey yang yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan kejam ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Talam Pahang, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.

Badan mangsa ditemui dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey.

Mona Fandey bersama dua tertuduh lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang pada 2 November 2001. Makanan terakhir yang disajikan kepada mereka sebelum dijatuhkan hukuman ialah Kentucky Fried Chicken.

                                 



 Kajang juga berjaya melahirkan beberapa selebriti tempatan yang popular seperti Ning Baizura dan Nora Danish. Kedua-dua mereka mendapatkan pendidikan awal di SMK Convent Kajang.

Pemain bola sepak negara, Safee Sali juga dilahirkan di Kajang.

5. K-Town
Kajang juga berjaya melahirkan beberapa selebriti tempatan yang popular seperti Ning Baizura dan Nora Danish. Kedua-dua mereka mendapatkan pendidikan awal di SMK Convent Kajang. Pemain bola sepak negara, Safee Sali juga dilahirkan di Kajang. 5. K-Town

Post a Comment

 
Top