Dalam kepayahan Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) untuk beraksi lasak dalam konsert Temptation Reloaded yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu lalu akibat kecederaan bahu kanan dan lutut kiri ketika berlakon filem terbarunya, Happy New Year, dia tetap menunaikan janjinya menjayakan konsert itu khusus untuk peminatnya di negara ini.
Pada usia 48 tahun, bintang ternama yang turut mendapat jolokan King Khan terus menjadi kegilaan ramai. Pun begitu, lebih 10,000 penonton yang datang ke stadium untuk menyaksikan konsert itu terpaksa bersabar kerana tirai persembahan dibuka terlebih dulu oleh kumpulan artis tempatan, Goldkartz diikuti penyanyi rap terkenal di India, Yo-Yo Honey Singh.
Malam yang memberi seribu kenangan kepada peminat filem Bollywood itu tambah semarak dengan kemunculan Ratu Bollywood, Rani Mukherji yang tampil menari sebagaimana penampilannya dalam setiap filem lakonannya. Diiringi penari yang didatangkan khas dari Bollywood dengan ‘wardrobe’ dan latar pentas yang menarik mengiringi setiap persembahannya, nyata kemunculannya itu berjaya menghilangkan keresahan penonton.
Dalam tempoh persembahan lebih kurang 15 minit, Rani menari mengikut lagu daripada filem popularnya seperti Saathiya, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Aiya.

MADHURI dan Shah Rukh serasi.
Keterujaan penonton berterusan apabila aktres yang mempunyai senyuman menawan, Madhuri Dixit pula muncul dengan lenggoknya yang tidak pernah pudar meskipun usianya sudah mencecah 46 tahun. Sebagai penari handalan terutama tarian tradisional kathak, kehilangannya selama 10 tahun kerana mengikut suaminya menetap di Denver, Amerika Syarikat, bakat seni yang ada padanya tidak pernah terpadam.
Malah kepulangannya ke India tahun lalu untuk mengubat kerinduannya terhadap bidang lakonan dan tarian yang agak lama ditinggalkan. Pun begitu, agak kekurangan di pentas itu apabila penonton tidak dapat mendengar Rani dan Madhuri mengucapkan sesuatu kepada peminat kerana sebaik selesai persembahan, mereka terus beredar.
RANI MUKHERJI gegarkan Stadium Merdeka.
Madhuri mempersembahkan tarian daripada lagu yang dimuatkan dalam filem lakonannya, Aajaam, Khalyanak, Aaja Nachle dan Beta.
Sudah tentu tidak lengkap malam yang indah itu selagi tidak dapat melihat kemunculan Shah Rukh. Legenda filem Hindi itu tetap mengotakan janjinya untuk menghiburkan peminatnya di sini meskipun terpaksa menahan sakit pada bahu dan lututnya.
Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan bertongkat, namun demi peminat, dia menggagahkan diri untuk menari.
Sebelum kemunculannya, satu persatu visual lakonannya di paparkan di layar lebar di atas pentas. Imbasan zaman kegemilangannya di persada dunia Bollywood terus menjadikan dia bintang yang tiada galang gantinya.
Dia tampil di pentas dengan melontarkan ucapan selamat datang kepada penonton yang tidak henti-henti menjeritkan namanya.
“Bahu dan lutut saya masih sakit, tetapi dengan sokongan anda semua, saya rasa sihat dan bersemangat. Saya akan memenuhi setiap impian anda pada malam ini,” katanya.
Shah Rukh membuat persembahan tarian daripada lagu yang dimuatkan dalam filem popularnya seperti Kuch Kuch Hota Hai, Main Hoon Na, Dil Se dan Chennai Express.
Namun atas nasihat doktor, Shah Rukh kelihatan berhati-hati mengatur langkahnya di pentas.
Dek kerana kecederaannya itu, Shah Rukh bercuti selama 20 hari daripada penggambaran filem Happy New Year dan sebelum dia datang ke Malaysia, dia sudah kembali menyambung penggambaran filem itu.
Walaupun gerak tarinya agak perlahan, auranya selaku aktor paling berpengaruh di Bollywood tidak pudar. Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan penonton merungut tidak puas menyaksikan persembahannya kerana persembahan yang panjang dan meleret-leret terutama ketika segmen Shah Rukh memanggil peminatnya ke pentas.
Barangkali Shah Rukh terpaksa berbuat begitu kerana dia menyedari tidak boleh beraksi terlalu lincah dan masa yang ada terpaksa diisi dengan segmen lain.
Konsert turut di selang-seli dengan persembahan Yo-Yo dan dua lagi artis jemputan dari Bollywood, Arijit Singh dan Meiyang Chang, sedangkan orang ramai yang sanggup menunggu di luar stadium seawal jam 6 petang mahu menyaksikan persembahan Shah Rukh semaksimum mungkin.
Antara tetamu kehormat yang menyaksikan konsert ini, Sultanah Pahang iaitu Sultanah Kalsom Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah, Puan Sri Nor Suzana Abdullah serta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah.
Artis tanah air yang hadir, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa serta Shila Amzah.
Anak di London
Terdahulu, Shah Rukh dan Madhuri menghadiri sidang media di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur.
Pada pertemuan itu, Shah Rukh menegaskan yang dia tidak pernah berasakan usia menghalangnya untuk terus memahat nama sebagai hero nombor satu Bollywood.
“Saya tidak pernah rasa tua, malah saya bekerja seperti biasa tanpa meletakkan sebarang sasaran apa yang akan saya lakukan jika usia saya menjangkau 50 tahun, dua tahun lagi. Anda lihat saya masih cergas berlakon dan melakukan aksi lasak sendiri kerana saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan.
“Semua orang beri nasihat pada saya supaya menjaga makan, jaga kesihatan dan jangan merokok. Saya teruskan rutin saya seperti biasa dan untuk mengekalkan stamina, saya selalu bersenam, namun dengan kecederaan dialami, saya terpaksa kurangkan senaman,” katanya.
Dia juga seperti suami yang lain menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan bapa kepada tiga anak, Aryan, Suhana dan AbRam.
“Jika saya berada di rumah, saya terus lupakan kerja saya dan tidak akan menjawab sebarang panggilan berkaitan urusan kerja. Saya akan menghantar dan mengambil Suhana di sekolah serta turut menyertai aktiviti anjuran sekolahnya. Saya mahu anak saya membesar sama seperti anak orang lain.
“Aryan kini belajar di London. Saya dan isteri kerap melawatnya. Selama 25 tahun menjadi pelakon saya sudah menikmati segala-galanya dan tiada apa yang menggugat kebahagiaan saya serta keluarga. Allah sudah bagi segala yang saya mahukan dan saya tidak takut jika suatu hari nanti Dia mengambilnya semula daripada saya,” katanya.

Post a Comment