0
Seorang siswi di Alabama berfoto selfie sambil tersenyum disamping mayat seorang lelaki yang digunakan dalam dunia perubatan untuk tujuan ilmu pengetahuan

 Ini boleh jadi merupakan foto instagram paling ekstrem yang pernah dimuat naik. Kerananya, foto 'selfie' ini lantas mengundang banyak reaksi dari dunia maya.



Bagaimana tidak, seorang siswi dari sekolah menengah atas Clements, Alabama, Amerika Syarikat, berfoto 'selfie' sambil tersenyum disamping mayat seorang lelaki yang digunakan dalam dunia perubatan untuk tujuan ilmu pengetahuan atau lebih dikenali dengan istilah kadaver.

 Foto itu diambil di Jurusan Biologi, Universiti Alabama, ketika mereka tengah melaksanakan lawatan untuk mempelajari program penderma anatomi di sebuah makmal biologi.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh whnt News 19, foto itu ia ambil menggunakan telefon bimbit miliknya. Lantas memuat naiknya di laman jejaring sosial instagram.

Padahal, ketika masuk ke makmal itu, pihak universiti melarang untuk mengambil gambar apa-apa di dalamnya. Termasuk diantaranya larangan untuk membawa telefon bimbit ke dalam makmal.

 Menyedari bahawa foto itu menuai banyak reaksi negatif, ia lantas memadamnya dari instagram. Namun apa daya, foto sudah tersebar luas. Bahkan salah seorang temannya pun sudah menyimpan screenshot foto tersebut. "Kami telah bercakap dengan pihak universiti Alabama, dan mereka sangat marah atas insiden tersebut.

Kini kami berupaya untuk mengambalikan hubungan baik yang sudah terjalin selama ini," jelas Jurucakap Dinas Pendidikan Limestone County, Karen Tucker.

Pihaknya juga, terus mencari penyelesaian apa yang tepat untuk memperbaiki hubungan baik yang sudah terjalin selama ini. Termasuk di antaranya, membincangkan mengenai sekatan apa yang tepat diberikan kepada pelajar mereka yang melakukan hal itu.

Sementara pihak universiti dalam keterangannya kepada upi.com, menjelaskan bahawa tujuan lawatan itu yakni untuk memperkenalkan kepada murid sekolah mengenai program penderma anatomi yang biasa dilakukan oleh kalangan saintis dan doktor.

 "Kami mempunyai dasar untuk menghormati mayat-mayat yang ada ini," jelas juru bicara pihak universiti. Ia melanjutkan bahawa sesuai ketentuan yang berlaku, setiap pengunjung tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, juga dilarang mengambil gambar apa-apa.

"Apa yang dilakukan siswi itu jelas sudah melanggar peraturan yang ada, ia benar-benar tidak memghormatinya. Ini tidak boleh diterima dan kami sangat kecewa atas kejadian itu. Kami akan mengkaji semula mengenai peraturan yang ada sebagai langkah jangkaan supaya kejadian sama tidak berulang lagi, "tegasnya.

Post a Comment

 
Top