2
Georgette Lepaulle seorang Nenek yang tinggal di Berchem , di sebuah bandar di wilayah Antwerpen, Belgium. Pada tahun 2012 Nenek Lepaulle telah membaca dua kalimah syahadah.Bahkan, saat itu Nenek tercatat sebagai muallaf tertua di dunia (saat itu usianya 91 tahun).

Nenek memutuskan untuk menjadi seorang muslimah kerana tertarik dengan hospitaliti muslim (yang berada disekelilingnya) dan beberapa kali dia merasa bahawa Allah mengabulkan doanya. Allahu Akbar!

Ceritanya bermula apabila 2 tahun yang lalu, ketika keluarga Nenek akan memasukkannya ke rumah penjagaan. Mohammed, seorang muslim yang telah berjiran dengannya lebih dari 40 tahun, menghalang-halangi niat itu. Dia mengajak Nenek untuk tinggal bersama keluarganya kerana keluarga Mohammed telah mengenal Nenek sejak lama.

 Apalagi ibu Mohammed juga sudah meninggal, dia sudah menganggap Nenek seperti ibunya sendiri. Sejak tinggal bersama keluarga Mohammed, Nenek mula tertarik dengan Islam. Nenek melihat mereka solat berjemaah, saling berkasih-sayang, dan saling berkongsi. Nenek melihat makna "keluarga" yang begitu indah dalam keluarga Muhammed, sangat berbeza dengan keadaan keluarganya.

Pada musim panas tahun (2012), Nenek ikut dengan Muhammed untuk melawat keluarganya di Maghribi. Pada waktu itu bertepatan dengan bulan Ramadhan, bulan puasa bagi umat Islam.Puasa bukanlah perkara yang asing bagi Nenek yang (dulunya) beragama Katolik. Dia dibaptis, pergi ke biarawati di sekolah, dua kali berkahwin di gereja dan kedua suaminya pun telah meninggal dan dikuburkan dengan cara gereja. Selama hidup dia bekerja sebagai seorang pembantu di sebuah keluarga Yahudi. 

Namun dia merasa bahawa agamanya tidak pernah "menyentuh" ​​nya. Sebaliknya, dia merasa jauh dari Tuhan. Dia mula merokok untuk pertama kalinya saat berusia 5 tahun hingga usianya 78 tahun. Pada usia 7 tahun, dia mula minum arak hingga sebelum dia masuk Islam, dia minum setengah botol wine setiap hari. Itulah kebiasaan lamanya sejak perkahwinan pertamanya dengan seorang juruterbang Itali yang telah meninggal saat perang.
Nenek merasa penyertaan saat Ramadhan tahun itu membangkitkan jiwa religiusnya. Dia sendiri merasa kaget. Dia merasa sangat terlambat merasakan "pengalaman" ini, merasakan hubungan dengan sesuatu yang "lebih tinggi", dengan Allah. Dia merasakan keterbukaan-Nya, juga cinta-Nya. Dia pernah berdo'a meminta kesembuhan untuk temannya dan untuk keselamatan seorang anak muda yang "salah jalan". Kedua doanya itu telah dikabulkan-Nya. Baginya, itu sudah cukup menguatkan dirinya untuk masuk islam.
Saat masuk Islam, para muslimah "membersihkan" seluruh tubuh Nenek (mungkin maksudnya adalah mandi besar sebagai salah satu perkara yang diwajibkan ketika seseorang itu masuk Islam, sebagaimana dalam sebuah hadis, Dari Qais bin Ashim Radhiyallahu Anhu bahawa ia masuk Islam, lalu diperintah oleh Nabi shallallahu Alaihi Wa Sallam agar mandi dengan menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara. "(Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 128, Nasa'I I: 109, Tirmidzi, II: 58 no: 602 dan 'Aunul Marbud II: 19 no : 351).-red). 

Selepas itu, para muslimah pun menghujani Nenek dengan ciuman. Menurut Nenek, ia tidak pernah mendapat ciuman yang sebanyak itu sepanjang hidupnya. Dia merasa senang kerana mereka menganggapnya sebagai saudaranya

Sejak masuk Islam, banyak perkara yang harus Nenek tinggalkan, seperti minuman keras, rokok, daging babi dan juga sesuatu yang tidak mudah bagi seorang wanita yakni make-up.Sebelumnya, Nenek selalu memakai make-up yang tebal.

Post a Comment

 
Top