0
KUALA LUMPUR 7 Mac - Bekas pembantu peribadi Anwar Saiful Bukhari Azlan bersyukur diatas keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun di atas pertuduhan kes liwat II melibatkan dirinya dan Ketua Pembangkang itu.

Menurut Saiful, keputusan mahkamah rayuan ini adalah penting bagi dirinya dan keluarga ekoran kes tersebut telah berlarutan selama enam tahun.

"Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil.

"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya," katanya menerusi laman peribadinya, hari ini.

Tambah beliau, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau sepanjang kes ini berjalan.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

"Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya," katanya lagi.

Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah bagi tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu diumumkan panel tiga hakim selepas mendengar hujaham pendakwa raya dan peguam bela bermula semalam.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Post a Comment

 
Top