0
BREAKING 1442 : Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.



Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?
Entah..ianya memang satu persoalan yang susah mahu dijangka...apa-apa pun boleh berlaku.

Namun....Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?
Dan ianya tentulah sesuatu yang sangat-sangat tidak masuk akal ..bukan?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? 

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata PM Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.



Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. 


Apa-apapun situasinya,siasatan mendalam sedang giat dilakukan.


Mila  Kenal Kapten Zaharie Dan Keluarga

Mila dan Kapten Zaharie
RUPA-RUPANYA, penyanyi dan pelakon Mila Jirin mengenali secara rapat juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan keluarganya.
Jelas Mila menerusi Sinar Harian, dia mengenali juruterbang itu dalam satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada tahun 2007 dan bertambah rapat selepas mengenali keluarga Zaharie.
“Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya,”
“Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal.
“Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat,” ujarnya sebak.
Menurut Mila, Zaharie yang dikenalinya merupakan orang paling baik, merendah diri dan cukup penyayang.
Membaca penjelasan penyanyi ini, benarlah kata orang, jangan mudah menilai seseorang jika kita tidak mengenalinya secara dekat.
Diharapkan seluruh keluarga juruterbang ini bersabar dengan musibah yang sedang melanda kini…


Post a Comment

 
Top