KUALA LIPIS - Polis Lipis mengesahkan menerima aduan daripada beberapa penduduk Orang Asli Pos Lenjang yang mendakwa ternampak percikan api dan bunyi dentuman kuat sekitar kawasan Bukit Selipar, Pos Lenjang di sini kira-kira jam 1.30 pagi, 8 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian dua sahabat Orang Asli itu sedang mencari durian di sekitar Bukit Selipar sebelum dikejutkan dengan cahaya terang dari udara.
Menurutnya, dua sahabat terbabit mendakwa melihat sebuah kapal terbang mengeluarkan api di bahagian ekor dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
“Mereka kemudian melihat kapal terbang terbabit terbang menghala ke Perak dan tidak lama kemudian terdengar bunyi letupan kuat.
“Mereka kemudiannya pulang ke rumah dan tidak mengesyaki perkara pelik yang berlaku pada waktu itu," katanya di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, penduduk Orang Asli terbabit hanya mengetahui tragedi kehilangan pesawat itu empat hari kemudian sebelum bertindak keluar dari kampung dan membuat aduan di Balai Polis Sungai Koyan.
Menurutnya, empat anggota polis dari Balai Polis Sungai Koyan telah meninjau kawasan sekitar Bukit Selipar seperti yang didakwa oleh Orang Asli terbabit, namun tidak menemui apa-apa kesan pelik.
“Orang ramai perlu lebih peka dan mendapatkan bukti yang sahih kerana mereka hanya nampak cahaya dan mendengar bunyi letupan namun tidak menemui sebarang objek.
“Saya harap orang ramai tidak mengambil peluang ini untuk menarik perhatian ramai atau mengelirukan pihak berkuasa dengan sesuatu yang tidak tahu kesahihannya,” katanya.
Related Posts
Mistiknya Pulau Batu Cawan Di Mersing
12 Jan 20160Mistiknya Pulau Batu Cawan Di Mersing Mersing...kalau dahulu bila disebut Mersing ramai yang takut...[...]
Lelaki Misteri Jual Jenglot Hidup Menakutkan orang Ramai
30 Sep 20150Lelaki Misteri Jual Jenglot Hidup Menakutkan orang Ramai: Read more »[...]
Paderi Ini Cuba Bakar Al-Quran Dihadapan Ratusan Pengikutnya, Tiba-tiba ......
29 Sep 20150Paderi Ini Cuba Bakar Al-Quran Dihadapan Pengikutnya, Tetapi Perkara Yang MENAKJUBKAN Berlaku !: R...[...]
Wanita Di Ganggu Ulek Mayang Di Tepi Pantai Jam 4 Pagi
28 Sep 20150Wanita Di Ganggu Ulek Mayang Di Tepi Pantai Jam 4 Pagi Read more »[...]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.