SEPANG – Gelagat dua lelaki ‘Mat Saleh’ yang asyik memerhatikan dan mencatat butiran pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia yang berlepas dan mendarat di Terimal Utama serta Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) mengundang perhatian media yang sedang bertugas di Anjung Tinjau.
Salah seorang daripadanya menggunakan teropong manakala seorang lagi temannya mengambil gambar setiap pesawat berkenaan sejak pagi tadi.
Pemandangan seumpama itu sememangnya biasa di kebanyakan lapangan terbang di mana peminat kapal terbang akan mengambil gambar dan meneliti model pesawat yang mendarat dan berlepas.
Namun apa yang mengundang misteri apabila tumpuan dua lelaki tersebut hanyalah pada pesawat milik MAS dan AirAsia sahaja.
Tambah menghairankan apabila mereka mencatit setiap butiran penting pesawat-pesawat berkenaan termasuk nombor pesawat, model serta masa ia mendarat atau berlepas.
Ketika ditanya pemberita, salah seorang menjawab mereka adalah penganalisis kapal terbang yang baharu tiba dari London pagi tadi dan dijangka meninggalkan Malaysia malam ini juga.
Bagaimanapun mereka menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan penyiasat kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. — MG
Related Posts
Mistiknya Pulau Batu Cawan Di Mersing
12 Jan 20160Mistiknya Pulau Batu Cawan Di Mersing Mersing...kalau dahulu bila disebut Mersing ramai yang takut...[...]
Lelaki Misteri Jual Jenglot Hidup Menakutkan orang Ramai
30 Sep 20150Lelaki Misteri Jual Jenglot Hidup Menakutkan orang Ramai: Read more »[...]
Paderi Ini Cuba Bakar Al-Quran Dihadapan Ratusan Pengikutnya, Tiba-tiba ......
29 Sep 20150Paderi Ini Cuba Bakar Al-Quran Dihadapan Pengikutnya, Tetapi Perkara Yang MENAKJUBKAN Berlaku !: R...[...]
Wanita Di Ganggu Ulek Mayang Di Tepi Pantai Jam 4 Pagi
28 Sep 20150Wanita Di Ganggu Ulek Mayang Di Tepi Pantai Jam 4 Pagi Read more »[...]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.