Profesor Chari Pattiaratchi dari University of Southern Australia berkata, kawasan berkenaan dikenali dengan keadaan laut bergelora dan kedalamannya mencecah lima kilometer.
Kawasan dikenali di kalangan pelaut dengan nama Roaring Forties itu menjadi tumpuan apabila PM Australiamengumumkansatelitnya mengesan objek disyaki serpihan dari pesawat MH370.
Roaring Forties itu merujuk kepada kedudukannya di 40 darjah ke selatan dan keadaan laut yang mencabar di situ.
“Anda mungkin menemui serpihan di permukaan tetapi keseluruhan besar pesawat mungkin di dasar laut.
“Usaha mengeluarkan sesuatu dari kedalaman lima kilometer di kawasan laut paling ganas di dunia akan berdepan keadaan ekstrem,” katanya seperti dipetik dalam laporan Sydney Morning Herald.
Pengkaji University of Western Australia itu menjangkakan menjangkakan serpihan berkenaan mungkin dibawa arus selaju satu knot atau satu kilometer sejam dari barat ke timur.
Kawasan itu pula tidak mempunyai sebarang daratan, yang menyumbang kepada ombak kuat yang menggunung, katanya.
"Jika ia berterusan, ia akan pergi ke selatan Perth atau selatan Australia," katanya.
Sementara itu, laporan CBCNews pula melaporkan kenyataan ketua projek mencari dan menyelamat AD, David Gallo yang menyatakan keyakinan ke atas penemuan yang diumumkan PM Australia.
Beliau berkata, pakar lautan memberitahunya bahawa terdapat kawasan di lautan itu yang merekodkan keadaan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.
Oleh yang demikiian, serpihan pesawat, sekiranya benar-benar dari MH370, mungkin berada dalam kelompok sama.
Kapten Nik Ahmad Huzlan Yakin Objek Yang Ditemui Sebahagian Rangka MH370
Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 sebentar tadi menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.
"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.
Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.
Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:
- Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
- Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
- Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
- Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.
- Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".
- Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu:
- Dimensi objek 24 Meter.
- Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)
- Ini berikutan imej berbentuk persegi
- Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.
Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:
- Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.
- Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.
Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.
Mkini,net
Post a Comment