0
KUALA LUMPUR: Seluruh warga kelab Liverpool terharu dengan mesej anak perempuan ketua pramugara pesawat MAS MH370 yang merayu ayahnya `pulang' untuk menyaksikan perlawanan Liverpool.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu kemudiannya membalas mesej Maira Elizabeth Nari, iaitu anak perempuan kepada Andrew Nari, yang dimuat naik ke laman sosial Twitter pada hari Liverpool menumpaskan Manchester United, 3-0. 
Ia susulan tweet yang ditulis oleh Maira Elizabeth Nari yang mahu bapanya pulang untuk menyaksikan perlawanan Liverpool dan Machester United pada hari Ahad.

Tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris berkata, “Ayah, Liverpool sedang memenangi perlawanan. Pulang ke rumah supaya ayah boleh menyaksikan perlawanan ini. Ayah tidak pernah terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan, ini adalah kali pertama”


Setakat ini, tweet berkenaan mempunyai 4,138 ‘retweet’ dan 2,077 ‘Favorites’.

Ia juga dibalas oleh akaun rasmi Liverpool:

Liverpool FC juga kongsi mesej yang sama di Facebook mereka. Ia menerima lebih daripada 2,500 komen dari seluruh dunia:

Richard Finnigan:Dari semua yang tinggal di England dan Liverpool, kami sentiasa mengingati anda. YNWA.

Julie Elaine Zietsman:Tiada ungkapan yang boleh saya kongsi. Moga tuhan akan memberi anda kekuatan, dari peminat LFC di Afrika Selatan.

Theresa Torchia Tama:Doa untuk semua yang berada di dalam pesawat MH370. Dari kami semua di Amerika Syarikat. YNWA.

Dimas Arif Septianto:Terus tabah! Ayah anda akan pulang untuk menyaksikan perlawanan Liverpool. Dari Indonesia YNWA.

Maira merupakan antara ahli keluarga yang aktif di laman media sosial untuk kongsi perasaan beliau.

Akaun twitter beliau mula mendapat perhatiaan sejakhari pertamakehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac. Beliau turut memuat naik tweet apabila melihat gambar ayahnya menerusi saluran 501 Astro AWANI.

Mesej itu berbunyi: `Daddy, Liverpool is winning the game. Come home, so you can watch the game! You never miss watching the game. It’s your very first time,” kata Nari menerusi akaun Twitter miliknya. 

Pesawat MAS MH370 hilang sejak 8 Mac lalu, ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sehingga ini, tiada kesan dapat dijejaki biarpun usaha mencari dan menyelamat dilakukan secara besar-besaran oleh 26 negara.

"Mesej anda amat menyentuh perasaan dan kami terharu. Kami hendak anda tahu yang kami juga sentiasa akan mengigati ayah anda dan semua yang masih hilang bersama #MH370. Tabahkan hati," kata Liverpool menerusi akaun Twitter rasmi kelab itu. 

Maira kemudian menjawab: “Jika ayah lihat ini (mesej daripada Liverpool), dia pasti gembira. Dia akan senyum. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia. Ayah adalah peminat tegar LFC!" 

Liverpool turut memuatnaik mesej daripada Nari ke laman Facebook kelab itu yang kemudiannya dikongsi sekurang-kurangnya 7,000 kali. -



Post a Comment

 
Top