0
Seluruh dunia masih mendoakan semoga pesawat MH370 ditemui walaupun masih belum ada petunjuk kukuh selepas masuk minggu ketiga kehilangannya. Gambar fail.

Pengarah filem Australia Alister Grierson mengakui terdapat sedikit keganjilan apabila plot filem terbarunya mempunyai sedikit persamaan dengan insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Pembikin filem yang berpangkalan di Gold Coast itu berkata kepada Daily Mail, meskipun persamaan masih menjadi misteri, filem aksinya, Deep Water jauh berbeza.
"Persamaan dan latar masa dua benda menarik dan saya dapat melihat secara anekdot dua benda itu berkait.
"Deep Water mengenai kemalangan yang berlaku kepada sebuah pesawat yang tenggelam di lautan dan penyelamat cuba menyelamatkan diri selepas itu.
"Ia filem aksi yang menyeronokkan penuh dengan debaran dan menyeramkan ketika babak berdepan penjahat dan jerung," katanya. - 23 Mac, 2014.

Post a Comment

 
Top