3
Rakaman Detik Terakhir Pesawat Adam Air 573. Tragedi AdamAir (2007) Pesawat Boeing 737-400 mengakibatkan semua 102 Penumpang Maut di 35 Ribu Kaki. 

Pesawat Adam Air Terhempas di perairan Majene, Sulawesi Barat dalam penerbangan Surabaya-Manado 574 (KI 574, DHI 574).

Rakaman Kotak Hitam detik-detik cemas Juruterbang dan Penolong Juruterbang Adam Air 574 sebelum berlaku letupan dan terhempas di perairan Majene, Sulawesi Barat.

Manakala rakaman Suara detik terakhir Juruterbang Adam Air Penerbangan 574  terakam dari Kotak Hitam yang ditemukan di kedalaman 2000 meter pada 28 Agustus 2007.

Selepas mendengar ini rakaman kotak hitam penerbangan Adam Air Indonesia, kita tahu bahawa kematian sudah tentu datang tanpa dijemput tidak kira dimana kita berada sekalipun.

Dan sesungguhnya orang-orang yang terlibat dalam tragedi ini tahu mereka akan mati dalam beberapa saat ... dan saat ketika itu adalah antara anda dan Tuhan.

Wallahuallam..saksikan video dan akaman raudio dari kotak hitam pesawat tersebut.


This video is not real but the audio is real! 

P/s.......   Mari kita rendahkan diri, tingkatkan pengabdian kita kepada Allah untuk mengumpul aura perhambaan secukupnya, untuk memohon belas Allah, memohon bantuan kuasa Allah. Semuga Allah sudi untuk memberi petunjuk dan pertolonganNya melalui doa tulus kita semua untuk #MH370.

Untuk keluarga penumpang yang berada dalam pesawat, ketahuilah kami seluruh warga Malaysia dan seluruh dunia sangat bersimpati dan bersama-sama kalian meratapi tragedi misteri ini.

Mari kita letakkan sepenuh pengharapan, selagi tidak ditemui sebarang bukti, agar semua mangsa berada dalam keadaan selamat.

Namun begitu, kita juga harus redha untuk menerima apa juga ketentuan dariNya.

Teruskan berdoa untuk #MH370 

Post a Comment

  1. telah dinyatakan dalam artikel tu bahawa rakaman video bukan asli namun rakaman suara mmg asli dari rakaman kotak hitam pesawat

    ReplyDelete

 
Top