Pengsan beberapa kali, emosi ibu belum stabil
Normah Jaafar mendoakan anaknya Khairul Amri Selamat, 29, ketika bacaan Yasin di rumahnya di Taman Kerayong Makmur di Bera, semalam. - Foto Bernama
EMOSI Normah Jaafar, 56, belum stabil sejak berita kehilangan anaknya dan pengsan beberapa kali selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.
Menurut adiknya, Mohd Sabri, 45, kakaknya itu masih terkejut dengan tragedi menimpa pesawat berkenaan.
“Dia memang tak boleh bersendirian sebab emosinya tak stabil lagi. Kalau dia seorang diri, dia mudah teringat kepada adik (Mohd Khairul Amri).
“Saya sendiri akan temankan kakak di sini, tetapi berharap kaunselor boleh kerap menemaninya pada waktu kritikal ini,” katanya.
Mohd Sabri berkata, kakaknya beberapa kali pengsan sejak malam kelmarin dan terpaksa dibawa ke Klinik Kesihatan Triang kira-kira jam 1 pagi semalam untuk rawatan susulan.
Katanya, emosi Normah kembali tidak stabil apabila pihak media meminta menunjukkan gambar Mohd Khairul Amri yang dirakam pada Hari Raya, tahun lalu.
Menurutnya, Normah memanggil isterinya, Mastura Jantan, 45, untuk menenangkannya kerana terlampau sedih.
“Akak rindu dia (Mohd Khairul Amri). Selalunya setiap hari dia telefon tapi sekarang dia dah tiada. Dia anak yang baik.” Itulah yang dituturkan Normah ketika dipeluk Mastura.
Bagaimanapun, Normah pengsan sekali lagi dalam pelukan Mastura kerana terlalu sedih mengenangkan keadaan yang berlaku ke atas anaknya itu.
Difahamkan Normah kembali pulih dan bersemangat apabila anak sulungnya, Adib Adli Syam, 34, bersama isteri dan cucunya pulang ke rumah.
Sementara itu, kehadiran kaunselor di sisi keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370 perlu bergantung kepada kesesuaian masa dan keperluan kepada mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, hubungan antara keluarga atau waris mangsa dengan pihak kaunselor perlu dipersetujui bersama.
Related Posts
Mereka Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia
28 Sep 20170Mereka Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia Read more »[...]
Siapa Buang Bayi Comel Ini
10 Jan 20160Siapa Buang Bayi Comel Ini Bayi comel ini deprcayai dibuang oleh ibunya semalam,masih lagi dalam k...[...]
Awas!!! Penjenayah kes dadah bakal dikawal buaya...
10 Nov 20150Awas!!! Penjenayah kes dadah bakal dikawal buaya...: Read more »[...]
Hanya Dengan Makan Malam, Remaja Korea Ini Raih Pendapatan RM6K Sehari
08 Oct 20150Hanya Dengan Makan Malam, Remaja Korea Ini Raih Pendapatan RM6K Sehari: Read more »[...]
Mayat Disahkan Kanak-Kanak Perempuan Orang Asli,Ini Fotonya
08 Oct 20150Mayat Disahkan Kanak-Kanak Perempuan Orang Asli: Read more »[...]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.