Pihak polis tiba di kediaman juruterbang MH370 sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib (dua dari kanan) menamatkan sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Mac, 2014.Polis menyiasat rumah juruterbang pesawat MH370 ekoran pengesahan perdana menteri bahawa pesawat itu secara sengaja ditukar haluannya, kata seorang pegawai polis sebagaimana yang dilaporkan Reuters hari ini.
Anggota polis sampai ke rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan sidang medianya.
Para penyiasat mengesahkan pesawat yang dikesan melalui radar tentera adalah pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu lalu selepas sistem perhubungannya dimatikan sebelum melalui pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib. – 15 Mac, 2014.
Post a Comment