'Ya Allah' Kau tunjukkanlah
Putrajaya: Ibu kepada seorang penumpang MH370 Kamariah Sharif, 55, tetap yakin anak dan menantunya masih selamat dan menunggu kepulangan mereka dengan sabar walaupun sudah 16 hari kejadian itu berlaku.
Katanya, walaupun ada pelbagai petunjuk baru ditemui tetapi ia tidak dapat membuktikan ia milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
IBU kepada Mohd Razahan Zamani, 23, sebak menceritakan perasaan rindu ketika ditemuramah wartawan di Lobby Hotel Everly Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
Berdasarkan keyakinan itu, dia tetap menaruh harapan anaknya Mohd Razahan Zamani dan menantu Norli Akmar Hamid selamat, cuma tidak tahu di mana lokasi mereka sekarang.
"Mak cik selalu berdoa 'Ya Allah' Kau tunjukkanlah (jalan dan petunjuk). Dah lama menunggu... seksa rasanya menunggu, dah lama dia pergi.
"Mak cik selalu berdoa 'Ya Allah' Kau tunjukkanlah (jalan dan petunjuk). Dah lama menunggu... seksa rasanya menunggu, dah lama dia pergi.
KAMARIAH Sharif, 55, buat pertama kalinya menunjukkan gambar anaknya, Mohd Razahan Zamani ketika berumur 7 tahun yang disimpan dalam dompet di Lobby Hotel Everly Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
"Ada petunjuk di sana sini, tetapi tak ada apa pun yang sahih, benda sama saja, macam-macam saya dengar ada kata jumpa beg bersepah... bukan, bukan dia, dia tetap selamat, cuma tak tahu di mana tempat berada," katanya ketika ditemui di lobi Hotel Everly, di sini.
Gambar anak pengubat rindu ibu penumpang MH370
Sekeping gambar di dalam dompet yang sering dibawa ke mana-mana menjadi pengubat rindu seorang ibu, Kamariah Sharif, terhadap anaknya, Mohd Razahan Zamani, seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac lepas.
Kamariah, 55, berkata gambar berukuran pasport anak sulungnya ketika berumur tujuh tahun itu yang diletak di dalam dompetnya memang sentiasa dibawa olehnya sejak dulu lagi.
"Sejak kehilangan Razahan, makcik setiap hari bercakap dengan gambar ini sebagai cara mengubat rindu makcik pada dia," katanya ketika ditemui media di lobi hotel The Everly hari ini.
Mohd Razahan, 23, berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac lalu bersama isterinya Norli Akmar Hamid, 33, untuk berbulan madu.
"Dia anak yang manja dan paling rapat dengan makcik berbanding tiga adiknya yang lain dan kami memang selalu berhubung," katanya sambil menahan sebak.
Kamariah berkata walaupun misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 itu kini memasuki hari ke-16 namun dia tetap setia menanti kepulangan anaknya itu.
"Makcik akan tetap tunggu anak makcik tak kira apa sekalipun, makcik tetap akan tunggu dan makcik setiap hari terbayang wajah anak makcik tu," katanya.
Kamariah berkata dia reda dengan ketentuan Ilahi namun tetap mahu mengetahui keadaan dan nasib serta lokasi sebenar anaknya dan 238 lagi penumpang serta kru pesawat itu.
Dia tidak putus-putus mendoakan keselamatan anaknya dan yakin pesawat berkenaan masih selamat setelah lebih dua minggu usaha pencarian yang dibuat belum menemukan apa-apa kesan daripada pesawat itu.
"Macam-macam kata temui itu ini, tapi hati makcik tetap kata... bukan dia... bukan dia, dia tetap selamat cuma tidak tahu dia mana dia berada, itu sahaja," katanya. -
Post a Comment