2
Agensi berita China, Xinhua yang memetik seorang pegawai siasatan (dipercayai pegawai MAS sendiri) yang enggan namanya disiarkan memberitahu bahawa penyiasat hampir pasti memuktamadkan bahawa punca kehilangan pesawat Boeing B777-200ER Sabtu lalu adalah angkara perampas.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butir-butir siasatan kerana tidak mahu dia menjadi siasatan pihak berkuasa pula kerana membocorkan maklumat sulit yang masih dalam siasatan.


Walaupun laporan itu belum disahkan mana-mana agensi penyiasat termasuk FBI dan CIA, sumber dalaman penyiasat memberitahu bahawa rundingan sedang diadakan antara perampas pesawat dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Bagaimana, di mana dan apa tuntutan perampas dan pihak berkuasa mana yang berunding dengan mereka masih belum dimuktamadkan.

Tetapi dipercayai ejen CIA telah berada di satu lokasi rahsia di mana pesawat itu kini berada beberapa hari lalu tetapi hanya didedahkan hari ini kata jurucakap bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Pentagon ketika mengesahkan perkembangan berkenaan.

Sidang media tergempar telah diadakan jam 1300 hrs.


berita China, Xinhua

Post a Comment

  1. Jika dirampas... harapan agar mereka semua selamat amat2 diharapkan... aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu,akak pun risau memikirkan meadaan semua mangsa andainya benar dirampas

      Delete

 
Top