2
Saya memang jatuh cinta setiap kali melihat bayi comel terutama apabila dia tersenyum. Bayi bak kain putih, belum dicorakkan lagi dengan warna kehidupan.
Saya difahamkan, ibu bayi terbabit, MENANTU Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Maka bayi comel itu, CUCU mereka.
Justeru tidak hairan jika Wan Azizah memangku cucu sambil diperhatikan oleh Nurul Izzah, bergambar bersama datuknya, Anwar.
Pastinya bayi itu berasa selesa dimanjakan oleh ahli keluarga terdekat.

Lebih menarik, melalui laman sosial Instagram (di atas), ibu bayi itu mencatatkan, JURUTERBANG pesawat MAS MH370, kini masih hilang, adalah bapa saudaranya, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Menurut wanita itu lagi, Zaharie gemar mengendalikan pesawat. Dia juga berharap, MH370 akan ditemui.

Agak pelik juga apabila Wan Azizah mendakwa Anwar TIDAK mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.

"Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebahagian yang saya kenal termasuk juruterbang.." - Sedutan rakaman sesi parlimen.

Rujuk masa 0:34.

Anwar bercakap mengenai tragedi kehilangan pesawat MAS MH370.

Siapakah JURUTERBANG MH370? Kapten Zaharie Ahmad Shah manakala PEMBANTU juruterbang Fariq Abdul Hamid.

Tiba-tiba, Presiden PKR, isteri Anwar mengeluarkan kenyataan berikut.


Barangkali kerana Anwar terlalu sibuk berpolitik.
Dia juga mungkin terlupa, secara jelas MENGAKUI mengenali Zaharie semasa bercakap di sidang parlimen minggu lalu.
Rujuk waktu 0:34
“Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebilangan yang saya kenal termasuk juruterbang …” – Sedutan rakaman sidang parlimen.

Saksikan videonya DISINI

Post a Comment

  1. ia bukan sebelah anwar, ia pak cik sebelah suami syaheeda. Wan Azizah tak patut dipersalahkan, bukan semua dia kenal. Lebih bertanya dulu sebelum komen.

    ReplyDelete
  2. pak cik saudara sebelah suami syaheeda.

    ReplyDelete

 
Top