0
sebelum melangkah pada pembacaan selanjutnya kita baca dulu artikel dari akhbar harian Metro hari ini.

Siasat lelaki Uighur

Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.
Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain. 
“Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya.

Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki.
SEORANG lelaki yang berpayung melihat paparan MH370 di sebuah bangunan di Shanghai, China, semalam.

Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.

Siapa Pula Puak Uighur di China?

Apabila umat Islam dilarang berpuasa dan bersolat...


Wanita Muslim Uighur berhadapan dengan polis rusuhan Komunis China di Urumqi / Photo: Uighuramerican.org
KUALA LUMPUR, (Malaysiaaktif) – Ketika umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia bebas melakukan ibadat sepanjang bulan Ramadhan dan bermewah-mewah dengan makanan, di beberapa buah negara, mereka bukan sahaja ditindas dan dinafikan hak beribadah,  tetapi terpaksa berdepan dengan ancaman kebuluran.

Dalam kita bermewah, di Somalia jutaan umat Islam negara itu terpaksa hidup dalam kesengsaraan, kebuluran akibat kemarau berpanjangan dan konflik bersenjata yang tidak ada kesudahannya.

Jika kita sudi mengikuti perkembangan yang amat memilukan ini, tidak mungkin tidak keinsafan akan menular dalam diri dan rasa betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia.

Begitu juga dengan nasib yang menimpa umat Islam etnik Uighur di wilayah Xianjiang timur China. Ketika umat Islam berlumba-lumba mengisi Ramadhan dengan berpuasa dan bertarawih, mereka bukan sahaja dilarang bersembahyang di masjid atau melakukan aktiviti berbentuk keagamaan tetapi juga dilarang berpuasa – satu bentuk tindakan atau penghinaan berterusan kerajaan China ke atas etnik Uighur.
 
Mereka dipaksa menandatangani satu dokumen yang mengharamkan mereka daripada berpuasa, bersolat tarawih atau menjalankan aktiviti keagamaan sepanjang bulan yang mulia ini. Tindakan terbaru kerajaan Cina itu ada hubung kaitnya dengan kejadian serangan yang didakwa kerajaan China dilakukan oleh puak pemisah Uighur sehari sebelum kedatangan bulan Ramadan yang mengorbankan 18 nyawa, dan mencederakan 31 yang lain.

Julai 2009 lalu, pertempuran antara etnik Uighur dengan etnik pendatang Han di Urumqi mengorbankan 200 sementara 1,700 yang lain cedera, dan sejak itu kerajaan China terus mengenakan pelbagai bentuk tekanan ke atas etnik Uighur dalam usaha untuk mengekang kebangkitan kumpulan pemisah yang menuntut autonomi di wilayah yang dikenali sebagai Turkistan Timur itu.

Layanan buruk kerajaan China terhadap etnik Uighur tidak banyak diketahui masyarakat dunia kerana China berusaha menyekat sebarang penyaluran maklumat ke dunia luar. Kebanyakan negara Islam pula tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tindakan kerajaan Cina itu atas alasan ia merupakan masalah dalaman negara itu selain tidak mahu menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara yang menguntungkan dari sudut ekonomi.

Akibatnya, nasib umat Islam etnik Uighur ini terbiar begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan. Jika ada pun pihak yang bersuara hanyalah pemimpin-pemimpin politik Uighur yang kini hidup dalam buangan, sedangkan negara-negara Islam yang mempunyai hubungan baik dengan negara Komunis itu hanya menutup mata terhadap tindak tanduk China yang jelas bukan sahaja berusaha menafikan hak etnik Uighur, tetapi juga menghina kesucian agama Islam.      

Di bawah peraturan baru itu, etnik Uighur juga berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja atau tidak diberikan bonus tahunan sekiranya enggan makan makanan yang disediakan oleh syarikat tempat mereka bekerja pada siang hari.
Turut dijadikan sasaran golongan pelajar beragama Islam yang dipaksa makan sepanjang bulan Ramadhan ketika waktu rehat sekolah. Lebih malang, tokoh agama juga berdepan dengan kemungkinan kehilangan lesen berceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti ceramah atau menyeru umat Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan beragama.

Apa yang diperjuangkan etnik Uighur hanyalah menuntut hak dan pemerintahan sendiri. Namun tindakan dan penghinaan kerajaan China terhadap penduduk Islam dan kesucian agama Islam hanya akan menyemarakkan lagi rasa kebencian mereka terhadap Beijing.

Kebelakangan ini polisi Beijing di wilayah itu juga banyak dipersoalkan. Jika dulu Uighur membentuk majoriti di wilayah nenek moyang mereka, dasar Beijing membawa masuk etnik Han telah mengubah sama sekali demografi wilayah tersebut. Uighur kini menjadi etnik minoriti dan usaha Beijing itu nyata berhasil untuk menolak etnik Uighur keluar dari wilayah mereka, seterusnya memastikan Xianjiang yang cukup strategik dan kaya dengan hasil bumi tetap menjadi milik China buat selama-lamanya.   

Wanita Uighur dilarang bertudung


SEKUMPULAN wanita Uighur berdiri di luar masjid di Kashgar, wilayah Xinjiang, China.


SEORANG kakitangan awam China yang berada di Kashgar memberi isyarat kepada dua orang wanita di seberang jalan untuk datang kepadanya, lalu mencatat butiran mereka di bawah pengawasan sebuah kamera. Kesalahan yang telah dilakukan oleh kedua-dua wanita berkenaan ialah memakai tudung.
Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Projek Kecantikan yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menggalakkan wanita Islam Uighur mendedahkan muka dan tidak berpurdah. Tindakan itu didakwa dilakukan demi untuk meningkatkan tahap keselamatan negara.
Bagaimanapun, pengkritik memberi amaran bahawa tindakan itu akan menyemai perasaan benci rakyat terhadap pihak berkuasa.
"Kami perlu berpegang teguh kepada agama dan mereka (pihak berkuasa) sepatutnya memahaminya," kata seorang wanita berusia 25 tahun yang pernah ditahan sebanyak dua kali.
Bercakap di sebalik penutup wajah yang dikait benang putih, dia memaklumkan, pesalah dipaksa menonton filem tentang keseronokan menunjukkan wajah mereka.
"Bagaimanapun, cerita itu tidak berjaya mengubah pemikiran orang ramai," jelasnya.
Xinjian, sebuah kawasan luas yang bersempadan dengan Pakistan dan Asia Tengah di bahagian barat China, telah mengikuti ajaran Islam sejak berabad-abad lamanya. Ia telah berada di bawah pemerintahan China semasa Dinasti Qing pada lewat tahun 1800-an.
Sejak bertahun-tahun, ketenteraman kawasan tersebut didakwa terganggu oleh tindakan masyarakat etnik Uighur. Ini menurut kumpulan hak asasi, dipacu oleh penindasan budaya dan gangguan langkah keselamatan. Namun demikian, kepada pemerintah China, keadaan itu disebabkan oleh tindakan pelampau agama, keganasan dan perpecahan kaum.
Cetuskan konflik
Kebimbangan pihak berkuasa semakin meningkat selepas serangan maut yang berlaku di Dataran Tiananmen, Beijing baru-baru ini yang didakwa pihak polis telah dilakukan oleh masyarakat Uighur.
Penduduk di Kashgar memberitahu, larangan memakai tudung telah mencetuskan sekurang-kurangnya konflik yang mengakibatkan kematian di bandar yang 90 peratus daripada 3.3 juta penduduknya terdiri daripada etnik Uighur.
"Bagi pihak pemerintah China, proses itu terpaksa dijalankan ekoran dakwaan pejuang Islam meminta kemerdekaan dan perpisahan. Ekoran daripada itu, mereka telah menetapkan had ketat ke atas aktiviti keagamaan masyarakat Islam," kata seorang saintis politik di Universiti Nasional Singapura, Shan Wei.
Bagi pihak Uighur pula, mereka mendakwa tidak terlibat dalam pergerakan politik dan bukan puak pemisah, tetapi pihak pemerintah telah menjalankan banyak sekatan yang mengganggu aktiviti keagamaan sehingga menimbulkan perasaan benci.
Menurut lelaki tersebut, masyarakat Islam minoriti di China tidak menghadapi perkara yang sama seperti Uighur.
Atlet-atlet wanita di Kashgar akan memakai pelbagai fesyen tudung, dengan skarf berwarna terang yang dililit di kepala dan mendedahkan bahagian leher seperti turban. Tidak kurang juga yang memakai purdah hitam dengan hanya menampakkan mata seperti wanita-wanita Arab Saudi.
Bagaimanapun, polisi yang menghalang mereka daripada menutup wajah dan menunjukkan rambut tidak diuar-uarkan. Pihak berkuasa bandar itu enggan mengulas mengenai perkara tersebut dan pada masa yang sama pegawai-pegawai Xinjiang juga tidak dapat dihubungi. Sungguhpun demikian, papan-papan tanda Projek Kecantikan boleh dilihat di seluruh bandar berkenaan.
Seorang tukang jahit berkata, kakitangan kempen tersebut telah mengarahkannya supaya tidak menerima tempahan jubah labuh yang sering dipakai dengan penutup muka.
Menurut penduduk tempatan lain, untuk memasuki pejabat-pejabat kerajaan, bank atau mahkamah, wanita Muslim terpaksa menanggalkan tudung mereka dan lelaki pula perlu mencukur jambang.
Di Hotan, sebuah lagi bandar yang mempunyai ramai penduduk Uighur, sekurang-kurangnya satu hospital telah menerima borang daripada pihak pemerintah untuk melaporkan kemasukan pesakit-pesakit yang memakai tudung.
Ironinya, portal web Xinjiang memaparkan bahawa Projek Kecantikan tidak menyatakan sebarang larangan memakai tudung sebaliknya menyenaraikan matlamatnya yang menggalakkan penggunaan produk-produk kecantikan tempatan dan barangan lain. Ia turut menggalakkan wanita China menjadi pengamal budaya moden.
Bersikap terbuka
Menurut seorang pakar Xinjiang di Indiana University Bloomington, Gardner Bovingdon, pihak pemerintah telah cuba menghalang pemakaian tudung sejak mengambil alih kuasa pada tahun 1949, melancarkan usaha ateisme dan mengenakan larangan secara menyeluruh pada tahun 1960-an dan 1970-an.
"Peraturan tersebut dilonggarkan pada tahun 1980-an apabila pemerintah China lebih bersikap terbuka. Tetapi ia menjadi ketat semula pada dekad seterusnya selepas protes-protes berunsurkan agama berlaku," katanya.
Walaupun demikian, sesetengah etnik Uighur menyokong tindakan kerajaan dengan alasan pembunuh berani mati atau pencuri mungkin akan mengeksploit purdah dan jubah yang dipakai dengan menyembunyikan bahan letupan dan identiti mereka.
Mereka turut mengeluarkan hujah tentang pendekatan agresif pihak berkuasa yang telah menimbulkan kebencian dan keganasan, termasuk serangan masyarakat Uighur terhadap polis di Maralbishi, sebuah daerah di luar Kashgar pada bulan April lalu yang menyebabkan 21 kematian.
Segelintir penduduk Uighur memberitahu, serangan itu berlaku selepas orang ramai kecewa dengan tindakan seorang pegawai kerajaan yang memaksa seorang wanita menanggalkan tudungnya. - AFP


pelbagai sumber

Post a Comment

 
Top