1
Seorang penilik nasib Nigeria, TB Joshua pernah meramalkan sesuatu berkenaan insiden MH370 ini.

Setelah kejadian berlaku, video tersebut kembali mendapat tontonan yang tinggi di Youtube.

Dalam ramalannya dalam video di yang bertarikh 28 Julai 2013, TB Joshua menyatakan akan berlaku suatu kemalangan melibatkan ‘belon besar’ di sebuah negara Asia di mana di dalamnya, terdapat lebih 200 penumpang.

Kononnya, dia akan menghantar surat atau sesuatu bagi memberi amaran kepada negara Asia terlibat tetapi dia tidak berbuat demikian.

Mengapa?

Kemungkinan besar, penjelasannya adalah tidak semua rahsia Allah Taala akan dibuka untuk pengetahuan makhlukNya. Jadi sudah tentu, siapa pun makhluk yang membantu TB Joshua ini mengetahui sesuatu berkaitan masa depan, pengetahuan yang dibisikkan padanya tetap terbatas.

Terbaru menerusi Facebook miliknya, TB Joshua meramalkan MH370 sudah terhempas ke dalam Laut China Selatan dan serpihannya akan ditemui bila-bila masa dari sekarang. -Mynewshub

Wallahu’alam.

Post a Comment

  1. wah infonya bagus banget gan, makasih yah udah share :)

    ReplyDelete

 
Top