0
PUTRAJAYA: Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah ‘menampar’ mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas.
Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.
“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam nada bingung.
“Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi,”

“Saya ikhlas dalam hal ini,” tambah beliau.
Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.
“Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,”
“Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam,” ujar beliau.
Pesawat MH370 hilang dari radar Sabtu lepas sewaktu terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada didalam pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang setelah tidak tiba dilapangan terbang di Beijing.
Spekulasi dari pelbagai pihak telah muncul ekoran misteri kehilangan pesawat tersebut. Ramai yang mendakwa pesawat boeing itu terhempas dan ada juga yang meramal bahawa pesawat itu telah dirampas penjenayah.
Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi tidak dapat memberi jawapan tepat berkenaan status pesawat tersebut. Kenyataan pihak berkuasa didapati bercanggah antara satu sama lain.
p/s  bukan memperkecilkan,namun bila aku tengok videonya..guling2 aku gelak...

Post a Comment

 
Top