Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang.
Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas. - AP
SEBAHAGIAN keluarga yang dipercayai penumpang pesawat MAS MH370 jenis B777-200 penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang di KLIA. - Foto Abd Rahim Rahmat
Kelihatan seorang wanita lingkungan 50-an sebak sebelum diiringi memasuki Anjung Tinjau KLIA tempat keluarga mangsa berkumpul.
Post a Comment